Pages

Happy family

Happy family

Friday, 25 May 2012

Puasa bersama Herbalife

Assalamualaikum wbt

Have You Had Your Shake Today?

Hari ni saya nak cakap sikit tentang berpuasa bersama Herbalife. Sebenar-benarnya, minggu ni giliran abang untuk update blog. Sebab last weekend abang pergi Extravaganza di Singapore. Dengar cerita sangat-sangat best dan inspiring. Saya tak sabar nak tau apa yang  berlaku dan tengok gambar-gambar abang dan team kami di sana. Tapi abang busy semenjak balik tu. Yelah sebab abang nak datang sini awal bulan 6 nanti. Jadinya banyak preparation kene buat. Bukan senang nak tinggalkan team kesayangan kami di Malaysia. Tapi insyaAllah kami yakin team kami mampu terus berjuang tanpa kami. You can do it! Lagi-lagi lah semua tengah semangat nak pergi Macau bulan September nanti. Jadinya semua tengah bertungkus lumus bekerja. Sangat seronok ada team yang begitu bersemangat. I am really proud of all of you **you know who you are**

Saya kalau tak lari tajuk memang tak sah kan.. Ok berbalik kepada tajuk asal.. Sekarang dah masuk bulan Rejab. Bermakna tak sampai dua bulan lagi kita akan melangkah ke bulan ujian dan rahmat buat umat Islam iaitu bulan Ramadhan. Apakah perkara wajib yang dilakukan di bulan Ramadhan?? Berpuasa!!! Ha......pandai adik-adik semua. hehe merepek lagi.. :-)

Sekarang ni pun saya pasti ramai yang dah mula berpuasa. Ada yang puasa sunat dan ada yang tengah kelam-kabut puasa ganti yang tak abis-abis lagi nak dibayar tu..huhu.. Tak kira lah sunat atau ganti, yang penting kita berpuasa kerana Allah dan jaga tata-tertib berpuasa. Perkara yang sangat berkait dengan puasa adalah stamina. Sesetengah dari kita walaupun tengah berpuasa tapi mereka masih berstamina. Saya rasa kebanyakan daripada kita, waktu puasa mesti letih je, nak concentrate dalam kelas pun susah. Lepas zohor tu rasa nak tidur je. Lepas asar dah tak tidur dah sebab sibuk cari makanan berbuka. Waktu tu perut dah mula buat tarian dah, joget ada, zapin ada, hiphop pun maybe ada. Betul tak? Mesti betul kan.. Bab kata Izyan (http://nutrishapeme.blogspot.com), terasa tomato masammnya... hehe expression baru.

Jadinya saya dengan rendah diri nya nak ajak semua orang cuba berpuasa dengan Herbalife. InsyaAllah mesti terus berstamina. Nak tau caranya? Tgk la gamba tu:

Produk tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Senang tak? Tak yah susah-susah nak masak pagi-pagi. Tapi kalau yang jenis mengidam dan kena jugak makan nasi waktu sahur, boleh je makan sikit. Sikit je lah tapi. Setakat nak bagi makan kat selera, bukan kat perut. Erk faham tak ni? Buat-buat faham je lah..

Waktu berbuka tu pun sama. Better kalau makanan berat tu dilewatkan sedikit supaya senang nak solat maghrib, isya dan terawikh. Terutamanya solat maghrib la. Kalau dah duduk melantak tu karang lewat atau terlepas maghrib pulak. Better makan sikit dulu, maghrib, lepas tu baru duduk makan betul-betul. Tapi kalau nak makan sedikit waktu berbuka tu takpe je. Setakat supaya waktu solat tu tak terkenang-kenang makanan di atas meja. 

Kalau nak buat the other way around pun boleh. Berbuka dengan kurma dan air. Lepas maghrib makan makanan berat tapi berkhasiat ye. Lepas isya or terawikh, barulah ambil Herbalife meal - Aloe, Tea Mix dan Shake. Takde masalah ambil shake lewat. Sebelum tidur pun takpe. InsyaAllah tak gemuk punya. Kalori dalam Herbalife meal sangat rendah. So don't worry unnecessarily. 

Yang paling penting, tolonglah minum air kosong banyak-banyak. Lepas sahur, sebelum subuh tau, minum air kosong sebanyak yang mampu. Lepas isya/terawikh pun sama. Kalau boleh cukupkan keperluan air badan kita. Berapa keperluan air badan kita? Tau ke tak ni nak kira? Ok ok saya bagitahu lah.. Untuk setiap 25kg berat kita, kita perlu minum 1L air. Kalau berat kita 50kg, kena lah minum 2L air sehari. Lepas ni boleh kira sendiri k berapa keperluan air badan masing-masing. Buat tau jangan tak buat.

Tu je kot sesi bebelan saya kali ini. huhu.. Kalau ada apa-apa soalan tentang Herbalife atau apa-apa je lah, boleh tanya kat shoutbox baru saya.. ^_^

Terima kasih dan jumpa lagi insyaAllah.

Sunday, 13 May 2012

Berdoalah

Assalamualaikum..

Have you had your shake today? Dah lebih seminggu tak update blog. Sibuk sikit. Last week kan saya tak sihat kan..pastu lepas sihat sikit tu balik ke hospital terus oncall. Hari-hari sampai 10 malam. Hari sabtu dan ahad pun oncall jugak. Minggu ni pulak kat ward. Memang banyak kerja. Balik dah penat. Itu lah sebabnya tak dapat nak menulis tu.

Hari ni saje nak bercerita apa yang dah berlaku sejak post terakhir saya.. Post terakhir saya kan bernada sedih dan down..huhu.. Tapi alhamdulillah lepas tu dapat feedback dan nasihat daripada sahabat-sahabat dan kelurga yang memberi kekuatan buat diri saya. Terima kasih ye kepada yang telah menasihati saya. Saya sangat-sangat menghargainya.Saya dah kembali bersemangat dan positif dah. Alhamdulillah..

Minggu lepas saya bekerja/belajar di Children Ward (wad kanak-kanak). Ingat tak saya ada cerita yang saya cuak nak kembali bekerja di ward? Saya risau saya rasa janggal dan orang akan menilai saya sebagai tak punya keyakinan diri dan tak tahu apa yang saya patut buat. Saya hari-hari doa kat Allah agar urusan saya dipermudahkan. Hari-hari amalkan baca ayat seribu dinar dalam perjalanan ke hospital.


Alhamdulillah setakat ni memang Allah permudahkan. Walaupun dari segi specific penyakit banyak yang saya dah lupa, tapi for some reason kelemahan saya tu orang lain tak nampak. Saya tak ditanya soalan yang saya tak tahu dan saya dapat menguruskan kerja di ward sebagai seorang Trainee Intern dengan cekap. Ceh poyo je kan cakap diri sendiri cekap. Bukan saya yang cakap sebenarnya. Registra saya yang cakap. Nak tau ke apa yang berlaku?

Hari khamis lepas saya ada exam. Bukan lah exam bertulis tapi ada group presentation yang akan menjadi 1/3 daripada pemarkahan saya dalam attachment ni. Group saya ada 4 orang termasuk saya. Kami pilih tajuk Treacher Collins syndrome. Nak tahu apa TCS ni? Sila google ye. Berbalik kepada registra saya. Saya minta kebenaran dia untuk tidak kembali ke ward selepas lunch time kerana saya ada presentation dan tutorial lepas tu. Dia cakap kat saya "We will miss you". Pastu saya tergelak lah. Kenapa pulak nak miss saya kan? Mungkin sebab ade kedut-kedut sikit kat dahi saya jadi dia pun explain lah.. "We really like having you around. You are very useful". Terkejut saya.. Saya punyalah dok cuak takut saya tak dapat buat kerja dengan baik. Alhamdulillah sangat-sangat registra saya rasa macam tu. Oh ye lupa nak cerita, sistem kat sini sebagai medical student, bukan sahaja exam, assignment dan presentation yang diambil kira untuk lulus. Pandangan doktor-doktor yang kita bekerja dengan terhadap kita sememangnya diambil berat. Walaupun semua exam kita lulus, tapi kalau doktor cakap kita tak pandai buat kerja atau attitude kita tak elok, kita boleh fail. Sebab tu saya gembira sangat bila registra kata macam tu.

Lepas tu saya pergi lah untuk prepare saya punya presentation. Presentation ni pun satu punya hal. Tajuk tu susah nak dapatkan maklumat. Lepas tu saya orang terakhir. Kawan-kawan saya cerita tentang kes, ciri-ciri penyakit, genetics dan cara rawatan. Saya punya bahagian dorg kata buat lah apa-apa sahaja yang berkaitan. Pening kepala saya fikirkan. Sebab semuanya groupmate saya dah ambil. Apa yang patut saya buat? Malam tu memang tak berapa nak tidur. Nampak sangat kerja last minute huhu.. Tapi saya memang dari dulu last minute. Kalau buat kerja awal mesti tak leh nak fikir. Kene ade pressure dateline baru leh buat. Tapi ni yang paling last minute yang pernah saya buat lah. Sebab malam sebelum presentation masih tak tahu topic nak buat. So saya baca dan baca dan baca. Pastu tertidur. Room mate saya dok membebel. "Kak ili bangun..presentation esok!!".. Bangun baca sikit lagi pastu tertidur balik. Macam tu lah berkali-kali. Sampai kul 1 macam tu saya decide nak buat tentang kehidupan orang yang mempunyai TCS. Pastu saya tidur. Bangun balik dalam kul 4 pagi, start buat presentation. Dalam kul 7 kot siap. Kul 8 nak gi kelas dah. Tak sempat nak practice langsung.

Satu benda tentang saya yang mungkin tak ramai tahu, saya ni sangat gemuruh bila perlu bercakap depan orang. Tangan saya akan jadi sejuk, suara terketar dan mula lah keluar bunyi emmmm dan sangkut-sangkut bila cakap. Serasa saya setiap kali presentation pun macam tu. Tu untuk yang dah practice. Kali ni dah la tak practice. Saya memang doa je banyak-banyak minta Allah permudahkan, lancarkan percakapan saya, bagi saya leh buat dengan terbaik. Masa yang dinantikan pun tiba. Saya pun ke hadapan. Presentation ni open ye kepada sesiapa di hospital yang nak dengar. Satu department Paediatric memang akan ada dan pekerja-pekerja di department lain pun ada yang datang. Saya mulakan dengan bismillah di dalam hati. To my surprise, saya bercakap dengan lancar. Saya pun tak tahu macam mana benda tu boleh berlaku. Lancar dan guna British English plak tu. Kelakar pun ada. Sebabnya team saya kat ward sekarang ada dua orang dari UK. Mereka cakap british english lah kan. Jauh lagi pekat daripada cerita Harry Potter tu. Saya hari-hari dengar british english sampaikan dalam presentation saya tu saya cakap british. Lawak ok. Sambil saya present tu saya dok fikir "Apesal lancar je cakap ni...n sejak bile plak aku cakap British ni?"..huhu

Lepas presentation, dapat feedback. Consulatant kata we have done a great job especially the last part. Saya pun senyum lah dengan suka hati dan malu at the same time. Boleh plak kan part saya yang buat beberapa jam sebelum tu jadi the best part. Dah la saya sorang kat situ yang English is not my first language. Memang kuasa Allah. Tak sangka sangat. Berbaloi tak dapat tidur malam. Alhamdulillah sangat-sangat. Lepas tu group mate saya pun ada yang cakap kat saya presentation saya bagus. Kami pun sembang-sembang la jap lepas tu. Saya cerita kat mereka yang saya cuak sebenarnya sebab saya dah lama takde kat hospital. Ambil cuti lebih setahun. Saya rasa kekok. Jawapan salah seorang daripada mereka, "Really? You don't look awkward to me. It looks like you work well and has become part of the system". huhu tak sangka lagi. Apa yang saya dok nampak dan fikir memang lain daripada apa yang orang lain nampak.

Saje je nak selit sikit lagi. Lepas cerita pasal kerja tu kami berkongsi tentang kehidupan kami, tentang perancangan lepas ni. Saya cakap lah saya tak sabar nak ada anak sebab dah lebih 5 tahun kahwin. Dorang terkejut. Dorang kata saya tak nampak pun macam dah 27 tahun dan dah berkahwin. Saya nampak muda lagi. hahaha part ni saya memang rasa sangat kelakar. Dari saya sekolah menengah, orang selalu ingat saya lagi tua dari umur saya. Ni groupmate saya ingat saya muda, lebih-lebih kurang umur mereka. Dorang tu dalam 23 tahun rasanya. hihi banyaknye puji diri sendiri hari ni.. astaghfirullah.....

Ok lah. Tak nak panjang-panjang sangat. Point nak highlight kat sini, kena banyak-banyak doa dalam apa sahaja yang kita lakukan. Khamis depan saya ada lagi satu exam. Kali ni oral exam. Minta tolong doakan saya lulus ye. Just sedikit perkongsian:

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. 

(  سورة الأعراف  , Al-Araf, Chapter #7, Verse #56)


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. 

(  سورة غافر  , Ghafir, Chapter #40, Verse #60)

Yahya related to me from Malik that Zayd ibn Aslam used to say, "No-one makes a dua without one of three things happening. Either it is answered, or it is stored up for him, or wrong actions are atoned for by it." (Malik :: Book 15 : Hadith 15.8.36)

Yahya related to me from Malik from Ibn Shihab from Abu Ubayd, the mawla of Ibn Azhar, from Abu Hurayra that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "You will be answered as long as you are not impatient and say, 'I have made a dua and I have not been answered .' " (Malik :: Book 15 : Hadith 15.8.29)

Yakin dengan janji Allah..Usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah kita akan dapat yang terbaik buat diri kita.
Wslm wbt.




Wednesday, 2 May 2012

Cinta dan Rindu

Assalamualaikum

Lain macam tak topic hari ni? hehe... Tak pernah-pernah lagi tulis entry yang bersifat peribadi. Sebelum ni semua Herbalife related. Tapi kan blog ni blog tentang kehidupan kami.. Jadinya tak salah kan saya berkongsi rasa..

Kenapa ye tiba-tiba je saya nak bercakap pasal cinta? Ada tak orang yang tahu? Cube teka. Mesti ramai yang dapat teka dengan betul. Bila duduk jauh daripada suami mula lah kan nak rindu dan cinta berlebih-lebihan. huhu.. Sampai meluat dah adik-adik housemate ku. Dorang kata "Kak Ili ni asik-asik chatting dengan suami, pagi chatting, petang chatting, malam chatting".. Orang bercinta memang lah macam ni kan.. Rindu 24 jam. Selagi ada masa, mesti nak chat/txting/calling. Dapat 5 minit pun jadi lah. Mereka-mereka yang PJJ macam saya mesti sangat memahami. (PJJ- Perkahwinan Jarak Jauh)

Sebenarnya PJJ ni bukannya benda baru buat saya. Dulu waktu mula-mula kenal dan kawin pun PJJ jugak. Cumanya kali ni yang paling mencabar. Sebab dah terbiasa hidup ada suami. Sangat bergantung dengan suami. So bila terpaksa PJJ semula, memang macam tak nak terima kenyataan je.

Hmmm nak cerita pasal history kami ke nak cerita pasal keadaan sekarang? Hmmm... Cerita pasal sekarang lah dulu. Ok kan?

Dalam masa sebulan sebelum berpisah dengan abang, saya memang dah start menangis dah. Setiap kali nak berjauhan pun macam tu. Sebulan sebelum dah start nangis. Kalau ibuku baca blog ni mesti kene marah. Sebek betul la anak sulong ibu ni..huhu.. Anyways, lepas tu for some unknown reason the crying stops. Mungkin sebab selalu sangat pergi program Herbalife.. Selalu diajar untuk jadi Strong.. So melatih diri untuk kuat. Dalam seminggu dua sebelum balik tu, kawan-kawan ramai yang sedih sebab nak kene balik NZ semula. Waktu tu yang peliknya, saya tak sedih pun. Setiap kali orang sedih saya senyum je.. Yelah..Nak kene kuat kan.. Kalau tak kuat takut tak melangkah je kaki naik kapal terbang tu. Situasi yang sama berlaku sampai lah the Black Day.. =P a.k.a. hari perpisahan. On the way ke airport, kat airport, waktu mencium tangan abang buat kali terakhir dan dalam perjalanan, setitik pun air mata tak tumpah. Tak sedih pun..

Tapi semuanya berubah bila dah sampai Christchurch. Malam sampai NZ tu, cuba contact abang tapi tak dapat. Sampai dua tiga pagi gak la cuba contact abang. Then baru dapat. Waktu dengar je suara abang, air mata turun tak leh nak tahan. Menangis separuh mati.. Rasa macam nak tertanggal nyawa.. Serius. Tak pernah nangis seteruk tu. Memang rasa nak beli je tiket flight untuk balik ke KL semula. Memang sangat horror apa yang berlaku waktu tu. Macam selama ni bukannya strong tp in denial. Realiti tak catch up lagi dengan my mind and emotion. Tiba-tiba dalam satu detik, reality hits. Terus tak leh kawal perasaan. Sangat-sangat serius rasa macam nak mati waktu tu. Bukan rasa macam nk cederakan diri.. Tapi perasaan waktu tu hanya Allah je yang tahu. Susah nak gambarkan..

Tapi macam mana pun, life needs to to go. Bukannya saya ada pilihan. Hidup diteruskan seperti biasa. Secara amnya, takde lah saya menangis selalu sangat. Konon..haha.. Tapi betul lah. Sebab tinggal dengan adik-adik. Segan pun ada kan kalau asik nak nangis. Bukannya lama pun kene berjauhan.. So kena lah kawal diri gak. Walau bagaimana pun, ada beberapa ketika/ peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya sangat-sangat sedih abang takde disisi.

Peristiwa 1 - Waktu first time kena balik jalan kaki malam-malam dari hospital. Sejak akhir tahun 2009, abang selalunya hantar dan ambil saya dari kelas/hospital. Sebab kami ade kereta dan Dunedin sangat sejuk. So tak kira lah rumah dekat atau jauh daripada hospital, abang akan hantar dan ambil. So waktu kena jalan balik sorang-sorang tu, memang menangis lah sepanjang perjalanan. Memang memalukan. Dah la lalu George Street. George St ni adalah jalan utama di Dunedin. Kebanyakan kedai-kedai berada di George St. Dalam kata lain memang ramai orang lah. Boleh la plak menangis tengah-tengah ramai orang tu kan.. Jalan laju-laju pegang groceries satu tangan, pegang telephone satu tangan lagi. Call abang.. Pastu nangis.. Adoi.. fikir-fikir balik memang memalukan betul. Yelah.. Dah 2 tahun kot abang sentiasa ambil. Ni tiba-tiba kena jalan kaki.. Sangat lah rasa kehilangan abang waktu tu..

George Street, Dunedin
Meridian Mall, George Street
Peristiwa 2 - Waktu kene gi jumpa doktor. Seperti yang pembaca blog ni tahu, saya ada penyakit.. So memang lah kerap kene gi jumpa doktor kan... Kene buat blood test la.. Selalunya walaupun abang kerja, abang akan keluar kejap daripada tempat kerja untuk bawa saya ke klinik. Dan waktu dapat apa-apa keputusan yang kurang baik, abang ada disisi untuk tenangkan saya. Tapi kali ni, kena jalan kaki pergi klinik. Dah la Dunny (Dunedin) ni baru melangkah ke winter. Tak cukup sejuk hujan lagi tu. Memang sengsara la nak melangkah keluar rumah. Dah tu bila buat blood test dapat result yang tak baik.. Surprise!! Your Hyperthyroid is back!! Astaghfirullahalazim... Doktor kata kena start on medication semula. Masalahnya, ubat anti-thyroid tu buat saya sangat-sangat lemah. Dulu waktu on medication, ada abang nak jaga saya. Saya terbaring satu hari kat katil. Abang siapkan breakfast, lunch, dinner. Abang kejutkan bangun solat, abang bawakan ke bilik air.. Semua abang buat. Kalau saya start medication semula dan dapat the same side effect, sape nak jaga saya? Ya Allah.. rasa sangat-sangat perlukan abang waktu dapat berita ni..
Carbimazole - anti-thyroid medication. byk side effect dan berpotensi untuk memusnahkan sistem darah. worst, tak boleh pregnant waktu on this medication.

Propranolol - beta blocker, untuk memperlahankan degupan jantung. Side effect - badan jadi sangat lemah.
Peristiwa 3 - Ni berlaku semalam.. Waktu tengah beli barang rumah sebelum nak ke kelas, tiba-tiba rasa nak pitam. Kat supermarket waktu ni. Semalam hujan sangat dasyat dan suhu sangat rendah. So semua orang pun macam busy, nak cepat. Takde orang pun perasan yang saya rasa dah nak tumbang dah kat supermarket tu..Barang beli dah la banyak. Badan dah rasa lemah semacam. Macam mana nak balik rumah ni.. Again, asik teringat kat abang je. Kalau abang ada mesti tak payah risau cane nak balik rumah. Mesti abang boleh tolong pimpin saya ke kereta. Then abang akan cakap "Lepas ni biar abang je buat. Jangan buat dah kerja. Rehat je.. kasi sihat"...

New World Supermarket. Tempat kejadian..huhu...Dulu selalu shopping same2 dgn abang kat sini.
Ya Allah.. I started this entry dengan senyuman.. Nak tulis tentang hubungan kami.. Tapi dah tercerita plak kisah sedih. Dah berlinangan air mata pulak.... Sabarlah wahai hati.. Tak lama lagi...

Mesti ada yang tertanya kan..kenapa rasa nk pitam tiba-tiba.. Tu antara symptom hyperthyroid saya. Sbb thyroid saya effect jantung saya. Untuk yang tahu tentang perubatan, I have Tachycardia and perhaps AF. Jantung saya berdegup dengan laju. Tak macam orang lain. Degupan jantung kita selalunya sama, sekata, ape perkataan bahasa Melayu dia ni...adei.. irama dia tak lari-lari.. Paham-paham je lah.. jantung saya tak macam tu. Sebab thyroid problem saya, jantung saya kadang-kadang over laju dan kadang-kadang miss beat n kadang-kadang irregular beat. Jantung kan organ paling penting dalam badan.. So bila jantung tak betul, tu yang boleh nak pitam tu..

Sudah lari tajuk kan saya ni.. Takpelah.. Next entry baru cerita kisah kami. Ni luahan perasaan je. Bukan nak minta simpati. Tapi kalau sudi, hulur-hulurkan lah doa ye.

Masa yang sekejap berjauhan daripada abang ni buat saya sedar betapa bergantung nya saya pada abang. Terima kasih bang. Abang suami yang terbaik dikurniakan Allah untuk saya. I love you and I miss you.

Kenangan bersama, Dunedin, Autumn 2011.


Wslm.




Wednesday, 25 April 2012

Cane nak makan Herbalife ni?

Assalamualaikum

Hari ni tak nak cerita banyak. Entri pendek je. Nak cerita cara nak makan Herbalife. Waktu mula-mula dengar pasal Herbalife dulu, memang sangat sceptic. Sebab saya ingat orang Herbalife ni makan Herbalife je hari-hari pagi, petang, siang dan malam. So bila abang kata Musab ajak abang makan Herbalife, saya pun kata lah kat abang. "Abang sanggup ke? Abang kan suka makan..Tak kan nak makan shake je sampai bila-bila..Tak mengidam ke?" Tu lah antara persoalan-persoalan yang timbul.

Pastu abang pun paksa saya ke Nutricity Melawati. Abang kata isteri Musab nak jumpa. Memang kene paksa la waktu pergi tu. Stress je. Waktu masuk-masuk tu satu keluarga Ain (isteri Musab) ada. Sangat la overwhelming. Terus jadi diam je. Pastu kena paksa minum 1 litre teh dan 400ml shake. Memang bersabar sangat la waktu tu kan..haha..kelakar pun ada bila ingat-ingat balik betapa terpaksa nya waktu tu. Mesti muka kelat je.. Senyuman terpaksa..huhu

Lepas tu Musab ajak pergi customer day. Setiap kali dia ajak kami mengelak. Siap tak jawab phone lagi bila Musab call. Tak baik betul kitorang. Nasib la Musab tu degil. Keep on ajak gi customer day. Last2 kami pun give up. Pergi la jugak customer day (HOM) Nutricity yang diadakan setiap hari Jumaat jam 8.30 malam. Waktu kat HOM tu sangat excited. Jumpa ramai sangat orang yang positive dan bersemangat waja. Kami diam je lah tengok semua orang tepuk-tepuk tangan dan bagi testimoni product result dan pendapatan. Waktu ni yang buat saya tertarik adalah pendapatan mereka yang sederhana. Pelik tak? Selalunya orang kagum bila pendapatan besar. Tapi saya suka yang sederhana.

Saya dan abang memang berminat sebenarnya pergi business meeting ni. Dengar peluang perniagaan baru. Memang dah beberapa syarikat la yang kami dengar testimoni pendapatan mereka. Kebanyakannya puluh-puluh ribu ringgit. Macam sangat susah dan tak logik untuk kita nak capai. Tapi adik-adik Herbalife (adik2 sbb mostly lagi muda dari kami huhu) pendapatan mereka sederhana dan achievable. Jadi saya rasa kami pun boleh buat macam mereka. Selain daripada tu, saya mula tertarik hari dengan insan-insan istimewa sekeliling saya namely Ain, Aunty Asriah, Amalina, Hidayah, Amira dan Wani. Ini antara mereka-mereka yang saya rasa ada connection pada hati pada awal saya kenali Nutricity. Sekarang ni ramai lagi lah..So waktu tu terbuka la sikit hati saya dengan Herbalife dan Nutricity Melawati.

Sememangnya keluarga Uncle Allen dan Aunty Asriah adalah penyumbang terbesar kepada keputusan saya untuk bersama Herbalife. Saya rasa bagai berjumpa dengan keluarga baru. Berada disekeliling orang-orang yang positif sangat-sangat best. Mereka banyak bantu saya untuk lebih faham misi Herbalife dan cara hidup Herbalife. Juga cara nak makan Herbalife....Sangatlah salah tanggapan saya sebenarnya. Tu lah cepat sangat nak jump into conclusion. Cepat sangat nak judge something sebelum mengkaji. huhu

Jadi hari ni sebenar-benarnya nak bagitahu cara makan Herbalife. haha panjang tak intro. Boleh buat lagi satu entri. hihihi.. Nak cerita cara makan Herbalife macam panjang. Kita tengok gambar je lah ye. A picture worth a thousand words. Kalau ada yang tak clear, boleh tanya ye. Buat customer saya, especially yang berminat nak buat business, sila save gambar ni. Boleh guna untuk ajar customer anda cara makan Herbalife.

Produk tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ni untuk lose weight je ye. For wellness dan untuk maintain weight, ambil Herbalife waktu breakfast je. Untuk nak gain weight, ambil Herbalife setiap kali selepas makan breakfast, lunch dan dinner. Kena ambil semua sekali tau. Mulakan dengan aloe, lepas tu minum teh pula, lepas tu baru ambil shake. Yang penting, makan produk Herbalife kena ada coach. Bila ada coach, coach akan sesuaikan pengambilan produk dengan jadual harian kita. Coach juga monitor pemakanan dan progress kita. Jadi tak semestinya kena ambil produk sebijik macam kat gambar ni. Senang cerita, untuk turun berat badan, kena ganti sarapan dan makan malam dengan Herbalife. Untuk wellness, sarapan je makan Herbalife. Untuk naikkan berat badan, makan Herbalife tiga kali sehari selepas makan makanan biasa.

Senang kan? Kalau kami yang suka makan ni pun boleh buat apa kan lagi orang lain. Kalau tak faham atau ada apa-apa soalan, jemputlah datang ke kelab nutrisi kami di Melawati. Setiap jumaat 8.30mlm. Jom sama-sama kita bantu orang hidup dengan lebih sihat. Sampai berjumpa lagi..

wslm wbt.



Tuesday, 21 February 2012

SPECTACULAR 2012 (Part 1)

Assalamualaikum

Have You Had Your Shake Today?

Alhamdulillah hari ahad malam kami baru balik dari Spectacular. Memang sangat seronok, inspired dan motivated. Nak share dengan semua orang apa berlaku sebelum dan semasa Spectacular. InsyaAllah akan ada 2 entri. Pagi ni nak cerita apa yang berlaku sebelum Spectacular.

Hari rabu lepas (15hb), saya, abang dan Hariz (kawan abg) ke Herbalife Office di Jalan Raja Chulan untuk pre-registration for Spectacular. Disebabkan dalam 6-7000 orang yang akan mendaftar hari Jumaat ni, kami ambil keputusan untuk mendaftar awal, iaitu pada hari pertama kaunter dibuka.

Kami sampai Herbalife Office jam 2 petang setelah meredah jem lunch hour. Sampai-sampai je tengok dah penuh orang dalam Herbalife office tu siap berlingkar-lingkar line nak beratur. Kaunter pendaftaran masih belum dibuka. Kami pun beratur dibelakang skali. Jam 2.30 ptg kaunter pun buka. Dah rasa lega dah sebab line akan mula bergerak. Tapi disebabkan sangat-sangat ramai orang, line bergerak super slow. Kami siap bergilir pergi solat Zohor dan makan tengah hari, line masih panjang lagi. Jam 6 ptg, barulah kami tiba di depan kaunter pendaftaran. 4 jam berdiri. Memang ujian betul buat kakiku.huhu. Waktu ni, patutnya kaunter nak tutup dah. Sebab waktu pendaftaran adalah dari 2-6ptg. Tapinya, kami yang datang pukul 2 petang pun mendaftar pukul 6 petang. Tak tahulah yang datang lewat daripada kami tu dapat mendaftar ke tak. Tu pun tak sampai 1000 orang yang datang. Tak dapat bayangkan pendaftaran hari-hari berikutnya macam mana.

Waktu beratur tu walaupun penat tapi best sebab dapat buat kawan dengan ramai orang. Semua orang berada kat situ atas tujuan, kepercayaan dan semangat yang sama tidak kira kaum dan agama. Line beratur tu nama je line tapi bukan single file. Beratur dalam group. Maksudnya, giliran depan saya bukan seorang, tapi ada 3 ke 5 orang. Faham kan? Tak reti la macam mana nak explain.. Saya anggap semua orang faham je lah ye. Depan kami satu group orang Cina, depan mereka satu group India, belakang saya Cina, belakang dia Melayu. Memang penyatuan kaum lah. Semua bersusah penat bersama. Sangat best dapat berkenalan dengan ramai orang.

Dah habis pendaftaran tu kami pergi solat asar. Nak dijadikan cerita, lepas solat tu Hariz hilang IC dia. Jadi berpusing lah bangunan mencari IC Hariz. Last-last memang tak jumpa. Waktu tu dah pukul 6.40 petang. Kami pun bertolak untuk balik. Disebabkan tengah hujan waktu tu, jalan sangat-sangat jem. Masuk waktu maghrib, iaitu lepas lebih setengah jam perjalanan, kami masih dalam 500m dari Pejabat Herbalife. Sedih kan? Tiba-tiba kereta mati. Nasib lah bawa kereta manual. So tolak kereta ke tepi jalan. Waktu tu kat sebelah UBN Tower, Jalan P.Ramlee.

Alhamdulillah Allah temukan dengan beberapa orang yang sanggup tolong tolak kereta dan jump kereta waktu tengah-tengah hujan tu. Lepas kereta dah boleh start semula, kami bergilir solat maghrib. Hariz pergi solat dulu sementara kami pastikan enjin kereta tak mati, lepas tu kami pulak solat. Waktu mula-mula enjin mati tu kami berserah je. Kami yakin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Jadinya kami tak stress-stress. Waktu kat surau lepas je solat maghrib, kami temui satu hikmah.

Abang jadi imam solat maghrib kat UBN Tower tu. Ada dalam 3 orang makmum abang. Lepas solat mereka tanya abang dari mana. Abang cakap lah dari Herbalife Office. Lepas tu bermula lah discussion about Herbalife and how to lose weight. Saya kat luar surau waktu tu tersenyum-senyum dengar abang terangkan kat mereka. Abang kalau bercakap memang sangat bersemangat. Mereka semua macam berminat. Mereka jemput abang join futsal setiap hari selasa kat Sports Planet, Ampang. Memang sedang elok lah sebabnya rumah kami kat Melawati, memang dekat dengan Ampang.

Sesampai kami di kereta, kami dapati kereta dah mati. Ujian lagi. Takpe-takpe mesti ada hikmahnya. Kami nak cari orang untuk bantu, tiba-tiba muncul brother-brother yang bersembang dengan abang kat surau tadi. Mereka pun tolong kami tolak kereta dan jump kereta. Katanya bukan bateri yang rosak tapi Alternator. Maksudnya ada kemungkinan kereta mati lagi ni. Brother yang kasi pinjam jumper tu kata ambil lah dulu jumper dia. Bila-bila senang nanti baru pulangkan. Baik hati betul Abang Arip tu. Lepas ucapkan terima kasih kami pun bertolak. Waktu ni hujan renyai-renyai je.

Oh lupa nak cerita. Waktu tengah cuba hidupkan kereta tu, kami bertembung dengan ramai orang yang nak balik dari kerja termasuk pekerja-pekerja di UBN Tower tu. Semuanya muka masam. Tak tunjukkan sikit pun simpati pada kami yang tersadai tepi jalan tu. Siap hon-hon lagi. Saya senyum minta maaf pun mereka muka masam je. Saya bukan nak kata mereka tu teruk. Cuma nampak sangat mereka stress. Stress dengan kerja dan stress dengan jem. Saya tak kan sanggup hidup macam tu. Alhamdulillah sangat Allah ketemukan dengan Herbalife. Ok sambung cerita. Dah macam nak buat novel dah ni.huhu

Jalan dalam 3km lagi, kereta mati lagi sekali. Waktu ni kat Jalan Kuching, dekat dengan exit nak masuk ke Jalan Tun Razak. Jalan besar, kereta tengah laju. Jadinya tak dapat nak tahan sesiapa untuk tolong. Kami call rumah minta adik saya datang. Kami bertiga duduk kat atas tebing tepi jalan. Tak berani duduk dalam kereta sebab takut kereta lain langgar. Kereta kami dah lah warna hitam. Tunggu punya tunggu muncul seorang mekanik menawarkan diri untuk perika kereta. Dia kata kena tukar Alternator. Harga Alternator RM350. Kami yang tak tahu apa-apa ni pun setuju. Ye lah sebab nak tunggu adik saya nak sampai memang lambat lagi. Waktu tu dia masih belum keluar rumah. Saya call rumah nak bagitahu supaya dia tak payah datang. Dia punya lah mengamuk kata harga Alternator tu mahal sangat. Dia kata dia nak datang gak dengan kawan mekanik dia.

Sempat lg bergambar waktu mekanik tgh baiki kereta


Kami pun tunggu mekanik tadi datang. Dia sampai lepas 40 minit dengan kawan dia. Waktu tengah tunggu tu ada seorang lagi mekanik datang dan kata harga RM350 tu mahal sangat. Bergaduh lah dua-dua mekanik tadi. Seorang India, seorang pakistan. Nasib baik bergaduh cakap je. Saya dah cuak dah waktu tu. Abang jadi orang tengah. Alhamdulillah mekanik kedua mengalah. Abang pilih untuk guna mekanik pertama walaupun mahal sebab dah janji. Dia siap dah beli alternator baru dengan duit dia dulu. Lupa plak nak cakap. Nama mekanik 1 ni Azman. Lepas tu kawan Azman pun mula bekerja. Lama gak lah. Siap kena charge balik bateri kereta. Kul 10.45 malam baru semua selesai. Waktu ni adik saya dan kawan-kawan dia baru je sampai. Diorang negotiate harga tapi tak dapat kurang. Lepas tu kami ke bank untuk bayar Azman dan kawan dia. Siap bagi flyers dan terangkan pasal Herbalife kat dia.

Kami makan malam kat gerai makan Taman Melawati lepas hantar Hariz balik rumah di Gombak Setia. Makan malam kul 11.15 malam. Memang tak elok tapi nak buat macam mana, dah kelaparan. Terjumpa dengan Kak Salina waktu tengah tunggu order. Kak Salina ni buat Herbalife gak. Dia tinggal kat Sabak Bernam. Hari-hari suami dia hantar ke Melawati untuk jual kerepek. Dia kendong 2 beg plastik besar kerepek dan satu plastik kecil untuk produk Herbalife dia. Kul 11.45mlm suami Kak Salina jemput dia. Sangat kagum dengan akak ni. Mesti sangat penat berjalan hari-hari kendong kerepek-kerepek tu.

Kul 12 lebih baru kami sampai rumah. Penat sangat-sangat. Esok nya pun penat satu hari tak hilang. huhu
Waktu ni semangat nak ke Spectacular masih tinggi tapi physically dah beaten dah. Sangat tak larat nak pergi.
Tapi kuatkan semangat bekerja satu hari hari Khamis tu dan ke Spectacular hari Jumaat. InsyaAllah esok saya cerita pasal Spectacular pulak. Sorry terlebih panjang entri kali ni. Oh ye kesimpulan cerita, kena sentiasa yakin yang segala yang berlaku ada hikmahnya dan bantuan Allah boleh datang dari mana-mana arah yang tidak kita jangka.

Jumpa esok. wslm

Tuesday, 14 February 2012

Menjawab beberapa persoalan mengenai Herbalife.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Hari ni saya nak cuba menjawab beberapa persoalan mengenai Herbalife. Ni soalan dan rungutan yang pernah saya dengar mengenai Herbalife. Saya bukan lah nak tunjuk pandai ke apa. Jawapan saya ni bukan lah skema jawapan yang diberikan oleh Herbalife. Saya cuma nak kongsi pemerhatian dan pengkajian saya. Ceh pengkajian tu.. Tapi memang betul pun. Ingat join Herbalife ni tak kaji dulu ke? Mesti lah kaji.. Saya ni skeptic tau tak. Saya dah dengar pasal Herbalife dalam 4 tahun dulu. Tapi waktu tu Allah tak buka kan lagi mata dan hati untuk menerima Herbalife. Alhamdulillah diketemukan kembali dgn Herbalife November lepas dan setelah membuat kajian dan pemerhatian, saya yakin dengan Herbalife.

Mesti ada yang tertanya, kenapa tiba-tiba pulak kan saya nak menjawab soalan-soalan ni. Sebenarnya, weekend lepas kami ke kenduri doa selamat dan sambutan hari jadi anak kepada sepupu saya. Jadi berjumpa lah dengan ramai saudara-mara. Ada antara mereka yang tahu suami saya sebelum ni berisi. Sekarang dia dah kurus so timbul lah perbincangan psl Herbalife. Tapi saya takde waktu tu. Abang je yang ada. Ni abang cerita balik lepas tu. So saya sangat lah tak puas hati sebab takde waktu tu dan tak dapat nak menjawab soalan-soalan mereka. Abang tak berapa berani nak argue sangat sebab tu saudara-mara belah saya. Oleh sebab ketidak puas hatian itu lah (ade ke perkataan ni?) saya menulis entri ni. Saya tulis lepas beberapa hari sebab tak baik menulis/bercakap waktu tengah emosi kan..Sebelum tu nk share dulu latest pic. Ni waktu wedding best friend abang weekend lepas.


Ok kita start. Soalan sebenarnya banyak tapi saya jawab beberapa je dulu k.

Soalan 1 - Herbalife ni mahal lah. (Yang ni paling banyak saya dengar)

Jawapan:

Yeke Herbalife ni mahal? Tak mahal lah. Saya yang xde duit ni pun mampu. Kita kira sama-sama k. Kita ambil program turun berat badan sebagai contoh. Untuk turun berat badan, kena gantikan sarapan dan makan malam dengan Herbalife. Bajet sarapan kita berapa ringgit? Bergantunglah kita sarapan kat mana dan makan apa kan. Kalau compare Herbalife dengan roti canai, sah sah lah Herbalife lagi mahal. Herbalife Formula 1 shake je dah ade lebih 55 nutrients dan 13 amino acid. Tak kan nak compare dengan roti canai yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang sangat tinggi. Tak sama level...Semestinya tak sama....Jadi kita compare dengan nasi campur lah ye. A picture worth a thousand words. So sila lihat gamba ni:

Produk tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Ni saya kira sendiri dan buat sendiri tau. Bukan main cekup je. Kalau harga retail, sekali minum teh+shake, dalam RM 9.50, kalau harga ahli RM 7.50, kalau beli 6 bulan punya stok terus, RM 6.50. Kalau nak tahu dengan lebih detail lagi pengiraan dia, sila lah call saya.


Soalan 2 - Nak kena minum Herbalife ni sepanjang hidup ke?

Jawapan: Saya sangat memahami soalan ni sebab dulu saya pun tanya soalan yang sama. Ambil Herbalife dua kali sehari untuk turunkan berat badan je. Lepas tu dah tak yah dah. Bila dah dapat berat badan ideal, ambil waktu sarapan je untuk maintain.


Soalan 3 - Kalau berhenti ambil Herbalife, dengar cerita akan naik balik berat badan sampai dua kali ganda.

Jawapan: Seperti yang saya cakap dalam entri sebelum ni, ambil Herbalife kena ada coach. Kami bukan jual produk. Kami promote program yang merangkumi produk, coaching dan pendidikan. Herbalife adalah satu cara hidup/lifestyle. Kami ingin mengajak semua orang untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Jadinya, kalau ada coach waktu ambil Herbalife dan mengamalkan pemakanan seimbang seperti yang ditekankan oleh Herbalife, insyaAllah berat akan maintain. Tapi kalau makan produk takde coach lepas tu makan tak jaga, memang la berat akan naik balik. Takde program turun berat badan dalam dunia ni yang berat boleh maintain kalau tak jaga pemakanan. Kalau buat liposuction atau apa-apa jenis pembedahan untuk kuruskan badan pun lepas tu kena amalkan pemakanan yang sihat. Kalau tak memang naik semula lah. So tak leh lah nak salahkan produk kan.. Kena cek attitude kita sendiri.

Huhu banyak ke saya membebel hari ni? Sorry lah kalau ada ter"fire". Kalau siapa-siapa ada persoalan lagi, boleh tanya saya. Nanti insyaAllah saya cuba jawab. Takpun kalau siapa-siapa yang ada keluarga atau kawan-kawan yang tak suka dia ambil Herbalife, suruh lah mereka baca blog saya k. hehe nampak sangat nak promote blog sendiri.

Ok..Hingga bertemu lagi. Saya nak pergi ajak orang ke SPECTACULAR ni. Sebenarnya memang tak sabar rasanya nak pergi SPECTACULAR. Dah dalam 7 ribu orang yang daftar untuk pergi SPECTACULAR. Ramai kan? Sebab speaker adalah Stephan Gratziani. Stephan Gratziani ni daripada Itali. Dia adalah salah sorang leader dalam Herbalife, the best trainer in Herbalife. Dia dah ada business kat 45 buah negara. Umur dia dalam 40an tapi nampak muda betul. Dah la hensem. Saya nak kaya. Orang Islam yang kaya dan beriman tu kan dapat tolong banyak orang. Boleh sponsor orang gi haji, bahagiakan parents kita, jaga adik-adik, bantu anak yatim dan fakir miskin. Walaupun khalifah Islam yang paling saya suka adalah Umar, tapi saya nak jadi kaya dan pemurah macam Uthman.

Erk tertambah satu perenggan plak. Ok ok. bye...wslm

Thursday, 9 February 2012

Macam mana nak turun berat badan? (Part 2)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah ketemu lagi kita. Kita masih dipanjangkan umur untuk hidup sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi Allah ini. Apa khabar semua? Best tak long weekend baru-baru ni? Mesti ramai yang balik kampung dan pergi bercuti. Semenjak dua menjak ni banyak betul long weekend kan? Ke memang macam ni je biasanya? Saya yang tak biasa sebab dah lama tak spend masa kat Malaysia lama macam ni..hmmm I wonder. =)

Sabtu lepas saya dan suami pergi Melaka dan Port Dickson. Bukan pergi bercuti, pergi jumpa kawan-kawan yang sekarang telah menjadi customer..alhamdulillah..Sorang kat Melaka, postgrad family yang baru habis kat Otago. Sorang lagi yang kat PD tu kawan sekuliah suami saya di Jordan. Seronok bila orang-orang yang kita kenal nak bersama-sama misi nutrisi Herbalife. Biar semua orang dapat berat badan yang ideal dan kesihatan yang baik. Suka suka!

Sejak dalam Herbalife ni, banyak sangat peluang merapatkan silaturrahim. Kawan-kawan uni, kawan-kawan sek men, kawan-kawan sek ren, kawan-kawan tadika pun ada..Dapat berhubung balik dengan mereka semua. Semuanya kerana nak sampaikan misi nutrisi yang amat saya letak tinggi dalam hidup saya sekarang ini. Herbalife bringing people together. I like! hihi

Ok lah. Hari ni nak cakap pasal macam mana nak turun berat badan. Selalu sangat orang tanya saya, "Akak, macam mana nak turun berat badan macam ustaz tu?". Komentar selingan- Akak: nampak sangat lah saya dah tua kan..Kebanyakan orang yang tny soalan ni kat saya lebih muda daripada saya.huhu.. Ustaz: merujuk kepada suami saya. Suami saya seorang ustaz, tahu kan? Orang mmg biasa panggil dia ustaz. Kat luar rumah, saya pun bahasakan suami saya ustaz. Tak biasa dah panggil nama. Terasa janggal. Betul.. Yang kenal kami, cuba perhatikan bila saya nak sebut nama suami saya, mesti mcm kekok skit. huhu..Yelah, sgt suka kot sebab ada my very own ustaz, personalised and custom-made.haha boleh tak merepek. Ok ok kembali kepada soalan di atas. Macam mana nak turun berat badan?

Jawapan yang paling mudah dan padat yang saya boleh bagi adalah "Kena ada coach!". Nak ambil Herbalife, nak turunkan berat badan, kena ada coach. Tak boleh main sesuka hati je ambil. Kenapa? Sebab nanti tak dapat result yang bagus dan berkekalan. Simple je. Tak caya? Cuba lah.

Nak tahu kenapa saya kata kena ada coach? Saya kan selalu ajak kawan-kawan capai berat badan ideal dengan Herbalife..Saya banyak kali dapat jawapan "Dah pernah cuba dah tapi tak berjaya". Bila saya tanya waktu ambil tu ada coach ke tak, almost always, jawapan mereka adalah takde coach. Selalunya parents yang belikan. Tak pun ambil daripada aunty/uncle or kawan parents. Saya tak kata bile parents belikan tu adalah satu masalah. Sangat-sangat bagus bila parents belikan Herbalife untuk anak-anak. Parents-parents ni patut dipuji kerana mementingkan kesihatan anak-anak. Tetapi, parents kena pergi training supaya tahu macam mana nak coach anak tu. Tak pun, kena minta tolong coach parents untuk coach anak juga. Ambil Herbalife, kena ada direct coaching.

Tahu tak kenapa? Ok saya bagi contoh lah. Secara am, orang ambil Herbalife pagi dan malam menggantikan sarapan dan makan malam. Shake 2 heaping scoops F1 dan 1 flat scoop F3.

Contoh 1.
Pagi ambil Herbalife. Malam ambil herbalife tapi rasa sangat lapar. Tak boleh nak tidur sebab dok terfikir-fikir nak makan. Jadi tukar ke makan tengah hari. Malam makan nasi. Tetapi tengah hari selalu pergi gym. Lepas tu jadi penat sangat-sangat lalu terpaksa makan nasi.

So sekarang nak buat macam mana? Kalau takde coach, maybe tak tau apa nak buat. Ambil pagi je dan berat badan tak turun. Lepas tu give up dengan Herbalife.
Kalau ada coach, coach cakap "Sebelum gym ambil shake. Waktu kat gym minum tea mix untuk tenaga. Lepas gym kena ambil shake lagi sekali. Result: Dah tak lapar dah. Dapat turun berat badan dan happy!

Contoh 2.
Shake tak betul-betul hancur. Ada sikit yang berketul. Rasa mual bila minum. Lepas minum shake masih lapar lagi.

Apa nak buat? Kalau takde coach, "Tak sedap lah Herbalife ni. Dah la lapar. Tak nak la ambil Herbalife dah".
Kalau ade coach... Coach akan ajar cara bancuh shake dengan betul. Bagi tips2 supaya shake larut. Silky smooth je turun kat tekak. Barulah sedap.. Coach jugak akan suruh tambah F3 kepada 2 scoops. Lepas tu lepas beberapa hari, nilai balik perlu tukar apa-apa lg ke tak.

Banyak lagi contoh yang boleh saya bagi. Tapi dah cukup dah kot buat masa ni. Jadi coach ni memang berdepan dengan berbagai-bagai soalan. Sebab tu lah nak berjaya dalam Herbalife kena pergi training. Dengan training baru lah kita tahu macam mana nak tackle segala kesulitan yang ada. Supaya masalah tidak jadi masalah lagi. Bak kate Uncle Allen waktu sharing Future Pres Team Retreat:

Eliminate Obstacle, Face Challenges.

Panjang lagi nak cerita tentang macam mana nak turun berat badan ni sebenarnya. Kita sambung lain kali pulak k.

For now, nak berjaya dapat produk result, kena ada COACH.
Nak berjaya dalam Herbalife dan dalam hidup, kena pergi SPECTACULAR!!!!!!!!!!!!!

Come and join us NOW! wslm. ^_^

Tuesday, 31 January 2012

Nadal dan Herbalife

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apa khabar semua? Harapnya pengunjung blog saya sihat-sihat belaka. Tak macam empunya blog. huhu
Lepas tulis entri lepas, ingatkan nak update blog dengan lebih kerap. Tapi setakat ini masih tak berjaya lagi. Bukan masalah masa tapi masalah kesihatan.

Kalau sesiapa yang pernah berjumpa dengan saya, mesti tak nampak pun macam saya ni sakit. Pandai berlakon sebenarnya. Bab-bab menyembunyikan kesakitan dan memaksa diri untuk nampak cergas dan sihat ni serahkan lah pada saya. Cuma kadang-kadang je bila lupa nak memaksa diri bersemangat, terserlah ketidak sihatan saya. Dapat lah komen-komen seperti "Ili nampak pucat" tak pun "Ili penat ye". hehe.. Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal kesihatan saya. Mungkin lain kali dalam masa yang jauh lagi. Bebila saya rasa nak sambung entri "Kenapa Herbalife", mungkin saya akan ceritakan bab kesihatan saya. Masih belum bersedia untuk menjadikan kesihatan saya sebagai public knowledge. Cuma nak bagi tahu yang saya tak berapa sihat seminggu dua ni. Sampai terlepas training Herbalife kelmarin. Sedih..

Ok ok. Tutup cerita. Hari Ahad malam siapa tengok final Tennis Australian Open? Ke semua tengok AJL je... Tak pun semua pergi Shah Alam dengar ceramah UAI?

Kelmarin kami sekeluarga tengok tenis Nadal vs Djokovic. Sebenarnya saya takde lah minat sangat tengok tenis. Tapi ayah saya memang la fanatik tenis. Mula-mula ayah sorang je selalu tengok tenis. Sekarang ni satu keluarga dah berjangkit. Sampainya makan malam pun semua depan TV. Ayah memang double standard sikit. Dari kecik kalau makan depan TV mesti kene marah punya. Tapi tenis punya pasal, xpe. Semua duduk bersila depan TV makan malam sambil tengok tenis.huhu apekah betul.

Game semalam panjang betul. Hampir 6 jam. Gempak tak? Tak boleh bayangkan main apa-apa sukan lama macam tu. Mau nak tercabut tangan dan lutut. Memang memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Sangat kagum mereka boleh bertahan selama itu. Kalau saya separuh jalan mesti dah terfikir nak bagi je pihak lawan menang. huhu boleh tak?

Rasa-rasa kebanyakan kita dari kecik selalu diingatkan untuk jangan berputus asa. Macam pepatah melayu "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan", tak pun "Genggam bara api biar sampai menjadi arang". Betul kan? Selalu je cikgu ajar, ibu ayah ajar... Kita tak boleh putus asa. Sebagai orang Islam pun kita diajar untuk bersabar dan tidak berputus asa. Kena yakin yang Allah cuma uji kita dengan ujian yang kita mampu.

Tapi secara realitinya, bila perjalanan kita makin susah, pasti kita ada terfikir nak berhenti separuh jalan. Ke saya sorang je yang fikir macam tu? Bukan lah bermakna kita betul-betul putus asa, tapi at least mesti ada terlintas di fikiran. Tak ke?

Sebab tu lah sangat kagum dengan Nadal. Beberapa kali Djokovic nak menang dah. Waktu tu dah jerit-jerit lah kan tengok TV. Dah rasa takde harapan dah Nadal nak menang. Tup-tup lepas tu Nadal kejar balik mata. Komentator Australian Open tu pun cakap benda yang sama. Setiap kali Nadal nak kalah dah, dia bangun semula dan lawan. Walaupun last-last Nadal kalah, but he can hold his head up high sebab dia dah usaha bersungguh-sungguh. He went down kicking and fighting hard. Seriously kagum.

Nak jadi macam Nadal. Nak jadi kuat, tabah dan sabar macam tu. Doakan ye.

Dalam Herbalife pun ada jatuh bangun. Ceh cakap macam dah lama sangat kan dalam Herbalife. Baru je nak masuk bulan ketiga. huhu. Walaupun baru masuk bulan ke-3, memang rasa naik turun dalam Herbalife. Awal-awal join dulu xde siapa-siapa pun nak terima pelawaan kami. Siap ramai sangat-sangat yang buat tak tahu je bila saya bagi message kat facebook.

Tp bila abang dah menang weight loss challenge, alhamdulillah dapat la beberapa orang. Waktu tu business memang laju. Orang yang dah lama dalam Herbalife pun macam kagum sikit. Yeke? hehe..Pastu kami pergi Zero2Hero yang sangat-sangat best, semangat dan cita-cita nak berjaya melonjak-lonjak. Balik dari Zero2Hero, sangat bersungguh buat kerja. Approach ramai orang. Siap pergi bagi flyers lagi. Kat hospital sambil tunggu appointment nak jumpa doktor pun sempat promote Herbalife. Kat pejabat pos nak hantar surat pun sempat lagi. Sedangkan Allah je yang tahu betapa pemalu nya saya bila bab-bab nak cakap dengan strangers ni. Tapi tak kisah, buat jugak. Nak berjaya tak kan lah nak duduk dalam comfort zone je kan..

Pastu dah usaha-usaha, badan saya mengingatkan saya yang "Awak tu sakit Ili, cuba sedar-sedar diri sikit". Adehh.. Terus je muncul symptoms-symptoms yang dah dua bulan kebelakangan ni tidak saya rasai. Mula lah rasa lemah dan tak mampu nak push diri untuk sering keluar rumah dan bekerja. Terus down. Sekarang ni tengah dalam proses mencari kekuatan diri untuk lawan balik penyakit saya dan mula bekerja semula. Tu je pun sebabnya tulis entry ni. Untuk motivasi diri sendiri.

InsyaAllah kalau orang lain boleh, kita pun boleh. Mana kita tahu kesusahan orang lain kan.. Mungkin orang lain punya masalah kesihatan dan ujian-ujian yang menimpa dia lagi teruk daripada kita. Tapi dia tak lemah pun, terus je maju ke hadapan.

Ili Fatin kene macam tu jugak k. Kena kuat, kena sihat, kena terus maju ke depan. Abang kena bantu saya tau. Jangan manjakan saya bila saya sakit. Motivate saya k. Kawan-kawan pun sama. Kita tolong satu sama lain supaya semua orang pun boleh berjaya. Boleh?

                             

Sunday, 22 January 2012

Saya dan sekolah.

Assalamualaikum and selamat pagi..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis hari ni. Minta maaf sangat-sangat tak udate blog selama lebih seminggu. Sibuk sikit. Sorry ye.

Ok. Hari ni saya nak berkongsi tentang Nutricity School yang telah saya hadiri semalam. Ianya adalah inisiatif leader2 dalam team Herbalife kami. Nutricity School ni memberi peluang untuk leader2 berkongsi pengalaman mereka dan juga kaedah yang mereka guna pakai untuk membantu orang ramai mencapai berat ideal mereka dan kesihatan yang baik. Perkongsian semalam memang luar biasa! Sangat seronok dan dapat belajar dengan banyak. Mereka tak lokek ilmu. Layan je segala soalan2 kami. Sangat berterima kasih kat mereka.


Antara apa yang dipelajari semalam adalah cara untuk menyampaikan misi Herbalife dan cara menjaga pelanggan kita. Saya sebenarnya selalu cuak bila orang tanya "Berapa harga Herbalife ni?". Adeh.. Memang susah nak jawab soalan tu sebab produk Herbalife banyak. Jadi harganya bergantung kepada keperluan individu. Lagi satu, kami bukan nak jual produk. Kami ni coach (jurulatih), nak bantu orang ramai dapat nutrisi yang baik dan mencapai berat badan ideal. Sebelum ni susah betul saya nak jawab soalan ni. Ayat mesti nampak kelam kabut dan tak confident. Sekarang alhamdulillah dah tahu dah cara nak terangkan. Barulah nampak yakin skit bila jawab tu. Hihi..Walaupun nampak macam perkara kecik je, tapi sangat2 lega bila dah tahu cara nak jawab soalan orang. Suka Nutricity School! ^_^!!

Dalam Herbalife, setiap kali pergi training, mesti banyak sgt yang saya pelajari, walaupun pergi training yang sama banyak2 kali. Sebab setiap kali training dikendalikan oleh orang yang berbeza, jadi sentiasa dapat belajar ilmu yang baru. Tak pernah rasa jemu. Event2 Herbalife memang luar biasa. Semangat dan aura orang2 Herbalife semestinya menakjubkan. Sejak join Herbalife ni, alhamdulillah sentiasa dikelilingi oleh orang2 yang positif. Sangat positif! Mula-mula tu terasa pelik gak. Kenapa lah mereka ni semangat sangat. Sentiasa ceria dan bertenaga. Bila dah lama2, rasa berjangkit plak semangat dan keceriaan tu dalam hidup sendiri. Huhu.

Dulu waktu zaman sekolah, saya macam tu jugak. Bukanlah ceria bebenar. Cuma sangat bersemangat dan berkeyakinan tinggi. Lepas zaman sekolah, ujian demi ujian menimpa. Keyakinan diri makin lama makin terhakis. Bila dah masuk Universiti lagi lah. Zaman sekolah pelajar cemerlang. Target sentiasa la A1. Masuk U, setiap kali exam, bukan doa dapat A dah. Lulus pun jadilah, tolonglah lulus. Kan ke jauh berbeza tu. Nak cakap depan orang ramai pun dah tak yakin. Self-esteem and confidence dua2 makin kurang. Betul. Serius.

Zaman sekolah tak pernah la plak tergagap2 bila nak bercakap kat depan. Suara selalu lantang je menyampaikan pendapat. Kat U, Doktor2 selalu komen, kamu ni susah nak dengar suara. Cakap pun perlahan je. Tu yang susah nak lulus exam tu. Orang lain buat kerja sikit tapi dihebah2kan. Saya buat kerja banyak tapi diam je. Sampai orang tak perasan pun yang saya buat kerja banyak. Suami saya selalu marah saya sebab ni. Dia kata cuba lah tonjolkan sikit diri tu. Dari segi pemakaian sah sah lah dah menonjol kan. Kat New Zealand pakai jubah dan tudung labuh. Tak ke menonjol tu? Tapi dari segi perwatakan "timid" a.k.a kerdil. Sedih ke tak sedih?

Hai lah Ili Fatin. Ntah sejak bila jadi macam tu pun tak tahu. Tapi, sejak masuk Herbalife ni, saya dapat rasa yang sedikit demi sedikit, saya kembali ke arah diri saya yang lama. Mungkin akan ambil masa untuk saya jadi seperti dulu - lantang, bersemangat dan berkeyakinan. Tapi at least saya yakin saya berada di trek yang sepatutnya. InsyaAllah satu hari ni saya akan jumpa balik keyakinan dan harga diri saya.

Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan insan2 istimewa di dalam Herbalife.





Thursday, 12 January 2012

Mengapa Herbalife (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. =) Saya yakin pasti ada yang tertanya kenapa kami memilih Herbalife. Jawapan kepada persoalan ini sangat banyak, tapi hari ni saya cuma nak berkongsi satu sahaja. Kalau saya kongsikan semuanya, nanti dah tak tahu apa nak di celotehkan di blog ni pulak kan..almaklum lah masih amatur lagi...

Secara ringkasnya, sebab kami memlilih herbalife adalah kerana kami nak tolong orang...........

Best kan? Dapat tolong orang ni best tau. Kalau tak percaya, cubalah. Bila nampak orang perlukan bantuan, cuba hulurkan bantuan. Mesti hati rasa tenang je. Lepas tu insyaAllah Allah lipat ganda kan kurnia Nya buat kita. Betul...

Berbalik kepada Herbalife. Misi herbalife adalah nutrisi. Saya dan suami ingin sangat menyebarkan ilmu tentang pemakanan yang baik kepada rakyat Malaysia. Nak tahu sebabnya?

Sebabnya, negara yang kita sayangi ini, adalah antara negara yang tertinggi obesiti atau kegemukan di Asia. Malaysia juga adalah negara yang tertinggi kencing manis di Asia. Pada tahun 2010, lebih daripada 11% rakyat Malaysia mempunyai penyakit kencing manis. 11% tu tinggi tau. Cuba bayangkan, dalam sepuluh orang, paling kurang seorang mempunyai penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis dan obesiti adalah antara penyumbang terbesar kepada sakit jantung dan stroke/angin ahmar.

Saya bukan lah nak bercerita tentang fakta-fakta kesihatan di sini. Cuma keadaan di atas membimbangkan kami. Saya pasti kita semua sayangkan ibu dan ayah kita, makcik pakcik kita, datuk nenek kita serta seluruh keluarga kita. Saya juga pasti kita semua ambil berat tentang rakan-rakan dan jiran tetangga kita. Cuba kita perhatikan diri kita sendiri dan orang-orang di sekeliling kita. Kita tentu akan sedar betapa serius masalah obesiti dan kecing manis dikalangan kita. Renung-renungkan lah.

Bila bercakap tentang obesiti, saya bukan mengaitkan dengan kecantikan tau. Ramai je orang yang mempunyai berat badan berlebihan tetapi dia memang cantik. Walau bagaimana pun, kecantikan bukan lah ukuran kebahagiaan yang sebenar. Kesihatan adalah antara nikmat terbesar yang Allah telah beri pada kita yang sering kita abaikan. Contoh yang paling dekat adalah suami saya. Tujuh minggu yang lalu, berat suami saya adalah 84kg. Dia rasa dia sihat je. Dia masih mampu bersukan dan menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang masalah. Tetapi, setelah turun 15kg, baru dia tersedar. Selama ini badan dia tidak sesihat yang dia sangkakan. Sekarang, dia lebih mudah untuk bersukan dan yang lebih penting lagi, lebih mudah untuk beribadat. Kalau dulu balik kerja terus je tertidur. Sekarang, kami dapat luangkan lebih banyak masa bersama. Siap pergi dating lagi.

Ops sebelum terlupa, saya dah minta kebenaran tau daripada suami saya untuk bercerita ni. Bukan burukkan nama suami ye. Rasa-rasa macam dah panjang kan saya bercerita. Sampai sini dulu lah buat hari ni. Sebelum pergi, saya nak kongsi cerita sikit.

Tadi pagi saya pergi hospital Ampang untuk buat blood test. Biasa lah kena tunggu lama kalau pergi hospital kerajaan. Sambil tunggu tu rancangnya nak bagi-bagi flyers kat orang ramai. Dah siap pakai button/lencana Herbalife kat tudung, siap bawa flyers banyak-banyak. Dah sampai sana, cuma mampu tersenyum je. Bila orang pandang saya senyummmm je. Tapi flyers masih dalam beg. Mulut tak terkata apa-apa. Huhu.. Menyedihkan betul. Berkobar-kobar nak bantu masyarakat tapi pemalu. Macam mana ni Ili Fatin? Ish ish ish..

Sekian, terima kasih dan wslm.

Wednesday, 11 January 2012

Salam perkenalan

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya tiba-tiba menulis blog. Jawapannya adalah kerana suami saya suruh. hihi. Takde lah. Itu hanya sebahagian daripada jawapan sebenar.

Sebenarnya saya membuat keputusan untuk menulis blog ini kerana saya dan suami baru sahaja memulakan hidup baru. Tanggal 24hb November 2011 adalah satu tarikh bermakna dalam hidup kami. Cuba teka kenapa? Tarikh nikah? Bukan. Pregnant? Bukan.... Beli rumah? Bukan... Nak tahu ke? Kalau nak tahu kena lah sambung membaca. ^_^

Eh sebelum tu. Lupa pulak nak perkenalkan diri. Nama saya Ili Fatin binti Ruslan. Berumur 26 tahun, nak masuk 27 tahun ni. Saya seorang pelajar perubatan tahun akhir University of Otago, New Zealand. Saya juga seorang isteri. Nama suami saya adalah Sabran Jamil bin Ab Razak. Kami sebaya. Dia seorang pensyarah di INTEC, UITM Shah Alam. Macam gempak kan jadi pensyarah. huhu.. Suami saya sebenarnya seorang ustaz. Mengajar pendidikan Islam di UITM. Simple je orang nya. Nak tahu lagi ke tentang kami? Nanti lah dulu. Kita simpan cerita untuk lain kali ok.

Ni pertama kali tau saya menulis di alam maya. Kat facebook pun tak selalu nak update status. Segan..Tak pandai nak bermadah pujangga. Jadi awal-awal nak minta maaf dan minta tunjuk ajar bagi yg lebih arif.

Ok ok. Sambung tentang tarikh bermakna tadi. Dah dapat teka ke belum? Takpe... Saya bagi jawapan je lah. =) 24 November 2011 adalah tarikh kami mendaftar sebagai ahli Herbalife!!!!! Best tak? Untuk orang yang masih belum mengenali Herbalife, mungkin tak nampak kepentingan tarikh ini untuk kami. Tapi pada kami dan mereka-mereka yang telah mengenali dan menyayangi Herbalife, pasti setuju dengan kami. Bertemu dengan Herbalife adalah permulaan sebuah hidup baru yang lebih bermakna dan bahagia. Setuju tak orang-orang Herbalife?

Kesimpulannya, blog ni saya tulis untuk berkongsi kisah hidup kami  dan apa yang telah kami pelajari. Saya harap ada yang sudi membaca.

Terima kasih. Jumpa lagi... Take care! wslm.