Pages

Happy family

Happy family

Tuesday, 31 January 2012

Nadal dan Herbalife

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apa khabar semua? Harapnya pengunjung blog saya sihat-sihat belaka. Tak macam empunya blog. huhu
Lepas tulis entri lepas, ingatkan nak update blog dengan lebih kerap. Tapi setakat ini masih tak berjaya lagi. Bukan masalah masa tapi masalah kesihatan.

Kalau sesiapa yang pernah berjumpa dengan saya, mesti tak nampak pun macam saya ni sakit. Pandai berlakon sebenarnya. Bab-bab menyembunyikan kesakitan dan memaksa diri untuk nampak cergas dan sihat ni serahkan lah pada saya. Cuma kadang-kadang je bila lupa nak memaksa diri bersemangat, terserlah ketidak sihatan saya. Dapat lah komen-komen seperti "Ili nampak pucat" tak pun "Ili penat ye". hehe.. Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal kesihatan saya. Mungkin lain kali dalam masa yang jauh lagi. Bebila saya rasa nak sambung entri "Kenapa Herbalife", mungkin saya akan ceritakan bab kesihatan saya. Masih belum bersedia untuk menjadikan kesihatan saya sebagai public knowledge. Cuma nak bagi tahu yang saya tak berapa sihat seminggu dua ni. Sampai terlepas training Herbalife kelmarin. Sedih..

Ok ok. Tutup cerita. Hari Ahad malam siapa tengok final Tennis Australian Open? Ke semua tengok AJL je... Tak pun semua pergi Shah Alam dengar ceramah UAI?

Kelmarin kami sekeluarga tengok tenis Nadal vs Djokovic. Sebenarnya saya takde lah minat sangat tengok tenis. Tapi ayah saya memang la fanatik tenis. Mula-mula ayah sorang je selalu tengok tenis. Sekarang ni satu keluarga dah berjangkit. Sampainya makan malam pun semua depan TV. Ayah memang double standard sikit. Dari kecik kalau makan depan TV mesti kene marah punya. Tapi tenis punya pasal, xpe. Semua duduk bersila depan TV makan malam sambil tengok tenis.huhu apekah betul.

Game semalam panjang betul. Hampir 6 jam. Gempak tak? Tak boleh bayangkan main apa-apa sukan lama macam tu. Mau nak tercabut tangan dan lutut. Memang memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Sangat kagum mereka boleh bertahan selama itu. Kalau saya separuh jalan mesti dah terfikir nak bagi je pihak lawan menang. huhu boleh tak?

Rasa-rasa kebanyakan kita dari kecik selalu diingatkan untuk jangan berputus asa. Macam pepatah melayu "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan", tak pun "Genggam bara api biar sampai menjadi arang". Betul kan? Selalu je cikgu ajar, ibu ayah ajar... Kita tak boleh putus asa. Sebagai orang Islam pun kita diajar untuk bersabar dan tidak berputus asa. Kena yakin yang Allah cuma uji kita dengan ujian yang kita mampu.

Tapi secara realitinya, bila perjalanan kita makin susah, pasti kita ada terfikir nak berhenti separuh jalan. Ke saya sorang je yang fikir macam tu? Bukan lah bermakna kita betul-betul putus asa, tapi at least mesti ada terlintas di fikiran. Tak ke?

Sebab tu lah sangat kagum dengan Nadal. Beberapa kali Djokovic nak menang dah. Waktu tu dah jerit-jerit lah kan tengok TV. Dah rasa takde harapan dah Nadal nak menang. Tup-tup lepas tu Nadal kejar balik mata. Komentator Australian Open tu pun cakap benda yang sama. Setiap kali Nadal nak kalah dah, dia bangun semula dan lawan. Walaupun last-last Nadal kalah, but he can hold his head up high sebab dia dah usaha bersungguh-sungguh. He went down kicking and fighting hard. Seriously kagum.

Nak jadi macam Nadal. Nak jadi kuat, tabah dan sabar macam tu. Doakan ye.

Dalam Herbalife pun ada jatuh bangun. Ceh cakap macam dah lama sangat kan dalam Herbalife. Baru je nak masuk bulan ketiga. huhu. Walaupun baru masuk bulan ke-3, memang rasa naik turun dalam Herbalife. Awal-awal join dulu xde siapa-siapa pun nak terima pelawaan kami. Siap ramai sangat-sangat yang buat tak tahu je bila saya bagi message kat facebook.

Tp bila abang dah menang weight loss challenge, alhamdulillah dapat la beberapa orang. Waktu tu business memang laju. Orang yang dah lama dalam Herbalife pun macam kagum sikit. Yeke? hehe..Pastu kami pergi Zero2Hero yang sangat-sangat best, semangat dan cita-cita nak berjaya melonjak-lonjak. Balik dari Zero2Hero, sangat bersungguh buat kerja. Approach ramai orang. Siap pergi bagi flyers lagi. Kat hospital sambil tunggu appointment nak jumpa doktor pun sempat promote Herbalife. Kat pejabat pos nak hantar surat pun sempat lagi. Sedangkan Allah je yang tahu betapa pemalu nya saya bila bab-bab nak cakap dengan strangers ni. Tapi tak kisah, buat jugak. Nak berjaya tak kan lah nak duduk dalam comfort zone je kan..

Pastu dah usaha-usaha, badan saya mengingatkan saya yang "Awak tu sakit Ili, cuba sedar-sedar diri sikit". Adehh.. Terus je muncul symptoms-symptoms yang dah dua bulan kebelakangan ni tidak saya rasai. Mula lah rasa lemah dan tak mampu nak push diri untuk sering keluar rumah dan bekerja. Terus down. Sekarang ni tengah dalam proses mencari kekuatan diri untuk lawan balik penyakit saya dan mula bekerja semula. Tu je pun sebabnya tulis entry ni. Untuk motivasi diri sendiri.

InsyaAllah kalau orang lain boleh, kita pun boleh. Mana kita tahu kesusahan orang lain kan.. Mungkin orang lain punya masalah kesihatan dan ujian-ujian yang menimpa dia lagi teruk daripada kita. Tapi dia tak lemah pun, terus je maju ke hadapan.

Ili Fatin kene macam tu jugak k. Kena kuat, kena sihat, kena terus maju ke depan. Abang kena bantu saya tau. Jangan manjakan saya bila saya sakit. Motivate saya k. Kawan-kawan pun sama. Kita tolong satu sama lain supaya semua orang pun boleh berjaya. Boleh?

                             

Sunday, 22 January 2012

Saya dan sekolah.

Assalamualaikum and selamat pagi..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menulis hari ni. Minta maaf sangat-sangat tak udate blog selama lebih seminggu. Sibuk sikit. Sorry ye.

Ok. Hari ni saya nak berkongsi tentang Nutricity School yang telah saya hadiri semalam. Ianya adalah inisiatif leader2 dalam team Herbalife kami. Nutricity School ni memberi peluang untuk leader2 berkongsi pengalaman mereka dan juga kaedah yang mereka guna pakai untuk membantu orang ramai mencapai berat ideal mereka dan kesihatan yang baik. Perkongsian semalam memang luar biasa! Sangat seronok dan dapat belajar dengan banyak. Mereka tak lokek ilmu. Layan je segala soalan2 kami. Sangat berterima kasih kat mereka.


Antara apa yang dipelajari semalam adalah cara untuk menyampaikan misi Herbalife dan cara menjaga pelanggan kita. Saya sebenarnya selalu cuak bila orang tanya "Berapa harga Herbalife ni?". Adeh.. Memang susah nak jawab soalan tu sebab produk Herbalife banyak. Jadi harganya bergantung kepada keperluan individu. Lagi satu, kami bukan nak jual produk. Kami ni coach (jurulatih), nak bantu orang ramai dapat nutrisi yang baik dan mencapai berat badan ideal. Sebelum ni susah betul saya nak jawab soalan ni. Ayat mesti nampak kelam kabut dan tak confident. Sekarang alhamdulillah dah tahu dah cara nak terangkan. Barulah nampak yakin skit bila jawab tu. Hihi..Walaupun nampak macam perkara kecik je, tapi sangat2 lega bila dah tahu cara nak jawab soalan orang. Suka Nutricity School! ^_^!!

Dalam Herbalife, setiap kali pergi training, mesti banyak sgt yang saya pelajari, walaupun pergi training yang sama banyak2 kali. Sebab setiap kali training dikendalikan oleh orang yang berbeza, jadi sentiasa dapat belajar ilmu yang baru. Tak pernah rasa jemu. Event2 Herbalife memang luar biasa. Semangat dan aura orang2 Herbalife semestinya menakjubkan. Sejak join Herbalife ni, alhamdulillah sentiasa dikelilingi oleh orang2 yang positif. Sangat positif! Mula-mula tu terasa pelik gak. Kenapa lah mereka ni semangat sangat. Sentiasa ceria dan bertenaga. Bila dah lama2, rasa berjangkit plak semangat dan keceriaan tu dalam hidup sendiri. Huhu.

Dulu waktu zaman sekolah, saya macam tu jugak. Bukanlah ceria bebenar. Cuma sangat bersemangat dan berkeyakinan tinggi. Lepas zaman sekolah, ujian demi ujian menimpa. Keyakinan diri makin lama makin terhakis. Bila dah masuk Universiti lagi lah. Zaman sekolah pelajar cemerlang. Target sentiasa la A1. Masuk U, setiap kali exam, bukan doa dapat A dah. Lulus pun jadilah, tolonglah lulus. Kan ke jauh berbeza tu. Nak cakap depan orang ramai pun dah tak yakin. Self-esteem and confidence dua2 makin kurang. Betul. Serius.

Zaman sekolah tak pernah la plak tergagap2 bila nak bercakap kat depan. Suara selalu lantang je menyampaikan pendapat. Kat U, Doktor2 selalu komen, kamu ni susah nak dengar suara. Cakap pun perlahan je. Tu yang susah nak lulus exam tu. Orang lain buat kerja sikit tapi dihebah2kan. Saya buat kerja banyak tapi diam je. Sampai orang tak perasan pun yang saya buat kerja banyak. Suami saya selalu marah saya sebab ni. Dia kata cuba lah tonjolkan sikit diri tu. Dari segi pemakaian sah sah lah dah menonjol kan. Kat New Zealand pakai jubah dan tudung labuh. Tak ke menonjol tu? Tapi dari segi perwatakan "timid" a.k.a kerdil. Sedih ke tak sedih?

Hai lah Ili Fatin. Ntah sejak bila jadi macam tu pun tak tahu. Tapi, sejak masuk Herbalife ni, saya dapat rasa yang sedikit demi sedikit, saya kembali ke arah diri saya yang lama. Mungkin akan ambil masa untuk saya jadi seperti dulu - lantang, bersemangat dan berkeyakinan. Tapi at least saya yakin saya berada di trek yang sepatutnya. InsyaAllah satu hari ni saya akan jumpa balik keyakinan dan harga diri saya.

Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan insan2 istimewa di dalam Herbalife.





Thursday, 12 January 2012

Mengapa Herbalife (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. =) Saya yakin pasti ada yang tertanya kenapa kami memilih Herbalife. Jawapan kepada persoalan ini sangat banyak, tapi hari ni saya cuma nak berkongsi satu sahaja. Kalau saya kongsikan semuanya, nanti dah tak tahu apa nak di celotehkan di blog ni pulak kan..almaklum lah masih amatur lagi...

Secara ringkasnya, sebab kami memlilih herbalife adalah kerana kami nak tolong orang...........

Best kan? Dapat tolong orang ni best tau. Kalau tak percaya, cubalah. Bila nampak orang perlukan bantuan, cuba hulurkan bantuan. Mesti hati rasa tenang je. Lepas tu insyaAllah Allah lipat ganda kan kurnia Nya buat kita. Betul...

Berbalik kepada Herbalife. Misi herbalife adalah nutrisi. Saya dan suami ingin sangat menyebarkan ilmu tentang pemakanan yang baik kepada rakyat Malaysia. Nak tahu sebabnya?

Sebabnya, negara yang kita sayangi ini, adalah antara negara yang tertinggi obesiti atau kegemukan di Asia. Malaysia juga adalah negara yang tertinggi kencing manis di Asia. Pada tahun 2010, lebih daripada 11% rakyat Malaysia mempunyai penyakit kencing manis. 11% tu tinggi tau. Cuba bayangkan, dalam sepuluh orang, paling kurang seorang mempunyai penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis dan obesiti adalah antara penyumbang terbesar kepada sakit jantung dan stroke/angin ahmar.

Saya bukan lah nak bercerita tentang fakta-fakta kesihatan di sini. Cuma keadaan di atas membimbangkan kami. Saya pasti kita semua sayangkan ibu dan ayah kita, makcik pakcik kita, datuk nenek kita serta seluruh keluarga kita. Saya juga pasti kita semua ambil berat tentang rakan-rakan dan jiran tetangga kita. Cuba kita perhatikan diri kita sendiri dan orang-orang di sekeliling kita. Kita tentu akan sedar betapa serius masalah obesiti dan kecing manis dikalangan kita. Renung-renungkan lah.

Bila bercakap tentang obesiti, saya bukan mengaitkan dengan kecantikan tau. Ramai je orang yang mempunyai berat badan berlebihan tetapi dia memang cantik. Walau bagaimana pun, kecantikan bukan lah ukuran kebahagiaan yang sebenar. Kesihatan adalah antara nikmat terbesar yang Allah telah beri pada kita yang sering kita abaikan. Contoh yang paling dekat adalah suami saya. Tujuh minggu yang lalu, berat suami saya adalah 84kg. Dia rasa dia sihat je. Dia masih mampu bersukan dan menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang masalah. Tetapi, setelah turun 15kg, baru dia tersedar. Selama ini badan dia tidak sesihat yang dia sangkakan. Sekarang, dia lebih mudah untuk bersukan dan yang lebih penting lagi, lebih mudah untuk beribadat. Kalau dulu balik kerja terus je tertidur. Sekarang, kami dapat luangkan lebih banyak masa bersama. Siap pergi dating lagi.

Ops sebelum terlupa, saya dah minta kebenaran tau daripada suami saya untuk bercerita ni. Bukan burukkan nama suami ye. Rasa-rasa macam dah panjang kan saya bercerita. Sampai sini dulu lah buat hari ni. Sebelum pergi, saya nak kongsi cerita sikit.

Tadi pagi saya pergi hospital Ampang untuk buat blood test. Biasa lah kena tunggu lama kalau pergi hospital kerajaan. Sambil tunggu tu rancangnya nak bagi-bagi flyers kat orang ramai. Dah siap pakai button/lencana Herbalife kat tudung, siap bawa flyers banyak-banyak. Dah sampai sana, cuma mampu tersenyum je. Bila orang pandang saya senyummmm je. Tapi flyers masih dalam beg. Mulut tak terkata apa-apa. Huhu.. Menyedihkan betul. Berkobar-kobar nak bantu masyarakat tapi pemalu. Macam mana ni Ili Fatin? Ish ish ish..

Sekian, terima kasih dan wslm.

Wednesday, 11 January 2012

Salam perkenalan

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya tiba-tiba menulis blog. Jawapannya adalah kerana suami saya suruh. hihi. Takde lah. Itu hanya sebahagian daripada jawapan sebenar.

Sebenarnya saya membuat keputusan untuk menulis blog ini kerana saya dan suami baru sahaja memulakan hidup baru. Tanggal 24hb November 2011 adalah satu tarikh bermakna dalam hidup kami. Cuba teka kenapa? Tarikh nikah? Bukan. Pregnant? Bukan.... Beli rumah? Bukan... Nak tahu ke? Kalau nak tahu kena lah sambung membaca. ^_^

Eh sebelum tu. Lupa pulak nak perkenalkan diri. Nama saya Ili Fatin binti Ruslan. Berumur 26 tahun, nak masuk 27 tahun ni. Saya seorang pelajar perubatan tahun akhir University of Otago, New Zealand. Saya juga seorang isteri. Nama suami saya adalah Sabran Jamil bin Ab Razak. Kami sebaya. Dia seorang pensyarah di INTEC, UITM Shah Alam. Macam gempak kan jadi pensyarah. huhu.. Suami saya sebenarnya seorang ustaz. Mengajar pendidikan Islam di UITM. Simple je orang nya. Nak tahu lagi ke tentang kami? Nanti lah dulu. Kita simpan cerita untuk lain kali ok.

Ni pertama kali tau saya menulis di alam maya. Kat facebook pun tak selalu nak update status. Segan..Tak pandai nak bermadah pujangga. Jadi awal-awal nak minta maaf dan minta tunjuk ajar bagi yg lebih arif.

Ok ok. Sambung tentang tarikh bermakna tadi. Dah dapat teka ke belum? Takpe... Saya bagi jawapan je lah. =) 24 November 2011 adalah tarikh kami mendaftar sebagai ahli Herbalife!!!!! Best tak? Untuk orang yang masih belum mengenali Herbalife, mungkin tak nampak kepentingan tarikh ini untuk kami. Tapi pada kami dan mereka-mereka yang telah mengenali dan menyayangi Herbalife, pasti setuju dengan kami. Bertemu dengan Herbalife adalah permulaan sebuah hidup baru yang lebih bermakna dan bahagia. Setuju tak orang-orang Herbalife?

Kesimpulannya, blog ni saya tulis untuk berkongsi kisah hidup kami  dan apa yang telah kami pelajari. Saya harap ada yang sudi membaca.

Terima kasih. Jumpa lagi... Take care! wslm.