Pages

Happy family

Happy family

Friday, 11 January 2013

New Year Fiesta 2013


Assalamualaikum dan Have You Had Your Shake Today??

Hari ni nak cerita tentang our New Year Fiesta.. Ni bukan party sambut new year tau. New year fiesta ni adalah satu majlis dimana kami membina impian, set goal yang ingin dicapai pada tahun 2013.

Sebenarnya ni first time kami join New Year Fiesta. Tahun lepas kami ada dijemput tapi kami tak dapat pergi. Lagi pun waktu tu kami masih baru lagi dalam Herbalife, tak nampak pun sebab untuk pergi ke New Year Fiesta. Tahun ni tahun kedua fiesta ini diadakan. Tahun lepas seramai lebih kurang 40 orang yg hadir. Tahun ini penyertaan mencecah 330 orang. Sangat cepat growth Herbalife dalam masa setahun. Alhamdulillah..

Entry kali ni saya akan kongsikan gambar sepanjang majlis.

Suasan hall sebelum majlis bermula. Cantik kan hall? 
Backdrop yang sangat cantik.. Credit to my beloved Nadiah and her husband, Juan.
Alhamdulillah kami qualified VIP table. Always go for VIP. Dapat apa duduk VIP table? Dapat duduk betul-betul depan stage dan..
Dapat hadiah... Lupa nak tangkap gambar hadiah sendiri. Siap ada nama lagi. Best betul jadi  VIP.
Eh hadiah lagi.. Ni hadiah Action team. Walaupun kami VIP, kami tetap jadi action team. There is a satisfaction in knowing you have contributed something towards an event that could have a big impact on someone's life.
Majlis tak start lagi dah sibuk tangkap gambar..

Geng 85. Berkawan baik since duduk sama-sama semasa Spectacular 2012. 
The only gambar berdua dengan abang
With my WT Fizah. Duplikasi berlaku, dua-dua tudung merah. Tak rancang pun. 
Lepas tangkap gambar, kami pun makan!!!! Nasi tomato. Sedap.. Ahmad  menyibuk di meja VIP. 
Lepas makan ada acara penyampaian award untuk best dress, double volume dan top 10 volume producer. Tiada siapa pun yang tahu result ke semua anugerah ni kecuali Executive President Team Uncle Allen. Top 10 volume producer dimenangi oleh:

Tempat ke-10:
Nurul dan Abg Mi.. Syuhada pun naik pentas sekali.
Waktu Nurul dan Abg Mi dapat no 10, saya ingat mesti kami tak top 10. Mesti kami no 11. Pujuk hati supaya jangan berharap nama dipanggil. Abang dah siap pergi ke belakang dewan, pergi jaga pintu.

Tup-tup tempat ke-8, Ili Fatin dan Sabran Jamil!!!! Alhamdulillah.. Sangat tak sangka dan sangat happy. 
Abang dah tak leh cover muka happy. Siap buat red carpet entrance lagi sebab duduk kat pintu.
Waktu ni uncle kata "Tahun depan no.1 ye". Gulp... InsyaAllah.. Gambar ni kelakar pun ada sebab tengah dapat hadiah pun tangkap gambar thumbs up. Bukannya pandang camera pun. huhu
InsyaAllah saat ni akan menjadi pembakar semangat untuk bekerja lebih kuat lagi.
Menambahkan lagi kegembiraan saya apabila tempat ke-6 jatuh kepada the other Geng 85, my besties Nadiah dan her husband, Juan.
Nadiah pun tak sangka dia dapat anugerah ni. Muka terkejut dan gembira.
Cherry on top of the ice cream, sponsor kami Ain dan Musab dapat tempat ke-3. Sebak bila tengok muka kegembiraan ain. Sangat bangga dengan mereka. Sponsor yang walk the talk memang deserve to be respected. 
Beloved sponsor, Ain dan Musab with our most respected mentor, Uncle Allen Peter.
Top 10 Volume Producer 2012 di dalam organisasi Hj Allen Peter dan Puan Asriah 
Ok. Lepas award, ada upacara pembukaan Dream Jar from last year yang dirasmikan oleh newly qualified President team member, the youngest in Malaysia and Southeast Asia, Amalina dan Abqari.
Sebak tengok mereka yang ada dream mereka dalam jar last year membaca semula dream yg mereka tulis setahun yg lalu.

Saat ni air mata tak dapat ditahan dah. Yus (no.1 top volume producer) berkongsi 12 impian yang dia tulis last year. SubhanAllah Maha Suci Allah yang Maha Pemurah, kesemua impian dia termakbul, malah dia dapat lebih lagi daripada apa yang dia pinta. Semuanya daripada Allah. Kalau kita bekerja keras, insyaAllah Allah akan tunaikan doa kita.
Sesudah itu, Uncle Allen menceritakan serba sedikit tentang dreams mereka dan apa yang telah mereka capai bersama Herbalife. Kemudian, tiba lah sesi untuk kami menulis dream kami untuk tahun ini. Acara penuh tangisan, pengharapan dan doa.
Air mata memang mengalir macam sungai waktu ni. Ada 12 impian yang saya tulis dalam kertas ni. Lepas tulis, saya baca ulang2 impian tersebut sambil berdoa moga Allah kabulkan segala permintaan saya. Nak sangat-sangat. Hanya Allah yang tahu betapa mengharapnya hambaNya ini.
Gambar-gambar team kami yang sedang menulis dream masing-masing dan berdoa:
Haqeem, baru je berkahwin dengan Ash. Pasangan yang consistent datang event dan bekerja keras. Semoga semua urusan kalian dipermudahkan.
Lutfi, baru sangat dlm Herbalife. Alhamdulillah seorang yang consistent datang event. Duplicate Ash dan Kim.
Fizah, duplikasi lagi. Mengadap kertas impian sambil berdoa, sama macam saya. Moga impian Fizah tercapai dan cepat-cepat duplikasi high volume upline. =)
Eppy, baru je fulltime dan bakal menimbang cahaya mata. Sangat bangga dengan Eppy dan Izyan kerana bekerja keras setiap hari. Believe in yourselves. InsyaAllah korang boleh berjaya.
Semuanya penuh dengan impian dan harapan. Lepas dah tulis impian, kami letak dalam dream jar yang akan ditutup dan hanya akan dibuka setahun daripada sekarang.
Our dream list. Saya tak tahu apa dalam abg punya list dan abang pun tak tahu apa dalam saya punya list.
Ash dan Kim
Izyan dan Eppy
Penutupan jar oleh leaders dan nyanyian lagu "Standing in the Eyes of the World"
Majlis disudahi dengan bacaan doa yang sangat syahdu dan penuh pengharapan oleh Musab. Majlis yang sederhana, tetapi sangat terpahat di hati mereka-mereka yang berada di situ. Semoga impian kami semua mendapat keredhaanNya dan dimakbulkan oleh Nya. Semoga misi kami untuk membawa nutrisi ini kepada semua diberkatiNya dan dipermudahkan. 

Gambar-gambar terakhir sebelum pulang:
With our coach and sponsor, Musab dan Ain. Thank you!
Some of our team members that were there. Semoga semuanya cepat tukar pin dan jadi mukmin dan mukminah yang berjaya.
TAB team members (leaders) in our organisation. Awal 2012 cuma ada 4 couple. Awal 2013 dah ada 9 pasang suami isteri dan 3 single ladies. =) InsyaAllah tahun ini akan lebih ramai lagi dan kami bersama team kami dan geng 85 akan berada di dalam gambar TAB team.Amiin.
Ahli-ahli Nutricity Melawati
Kesemua 330 orang peserta New Year Fiesta 2013.
Jumpa anda di SPECTACULAR!!!!!!!!!!!!


Saturday, 5 January 2013

Walking Down Memory Lane Tahun 2012

Assalamualaikum dan Selamat tahun baru buat semua..

Sempat lagi kan nak wish? Sedikit terlambat berbanding orang lain. Iyelah blogger kurang aktif. Dah beberapa kali nk jadi blogger aktif, tp masih belum berjaya. Boleh lah masuk dalam list impian/goal yg ingin dicapai tahun ni. chaiyok!!

Selalunya tahun baru macam ni, kebanyakan orang akan mula tanam azam untuk mengubah hidup. Tapi sebelum kita rancang untuk tahun ni, kita kenalah tengok kebelakang dahulu. Muhasabah balik apa yang terjadi pada tahun lepas. Kalau ada yg kurang kita betulkan. Kalau yang baik tu, kita teruskan lagi. Jadinya, saya saje lah nak ajak kawan-kawan semua sama-sama tengok balik apa yg dh berlaku pada tahun 2012 dalam hidup saya. Kalau sudi lah..Saje je nk sharing. ^_^

January 2012

Waktu ni kami masih baru lagi dalam Herbalife. Baru jadi Supervisor. Sangat excited tapi serius blur tak tahu apa-apa. Coach kami Musab suruh pergi Zero2Hero kat PD. So kitorang pun pergi lah. Alhamdulillah sangat banyak belajar cara nak buat Herbalife kat situ.

Recogniiton new supervisor. masih gemuk lg waktu ni hihi


February 2012

Lepas balik zero2hero tu, semua orang sibuk cakap pasal Spectacular. Apa benda lah pulak Spectacular ni? Sikit-sikit Spectacular. Walaupun tak tahu Spectacular tu apa, sangat excited nak join. Yelah kalau dah semua orang pun asik cakap pasal Spectacular, mestilah event tu best kan? So cakap lah kat Ain (isteri Musab) yang kami nak pergi Spectacular. Tapi bila nak dekat Spectacular tu mula lah rasa malas nak pergi kan.. Biasa lah semangat kita ni selalu naik turun. Waktu ni kami tak consistent lagi pergi event. Event2 Herbalife ni macam cas bateri, kasi kita semangat dan motivasi. Bila tak consistent pergi event, penyakit2 malas tu mula lah menular dalam diri. Tapi alhamdulillah last-last kami pergi juga.

Boleh dikatakan ni adalah keputusan kedua terbaik yang kami telah buat dalam Herbalife. The first one was becoming a Supervisor. Balik dari Spectacular, alhamdulillah kami mula menjana income dengan Herbalife. So sesiapa yang nak tau Herbalife tu apa, nak tahu macam mana orang boleh ada pendapatan ribu riban dengan Herbalife, kena datang Spectacular. Bagi perluang kat diri kita untuk berubah ke arah yg lebih baik. Lagi-lagi lah masuk tahun baru ni kan.. Memang sesuai sangat lah. hihi

Bersama kawan baik baru dan rakan seperjuangan, Nadiah. Muka excited tapi kepenatan sebab kena berasak -asak dengan 6 ribu orang. 
Hariz, satu-satunya orang yg nak ikut kami waktu tu 
Opps lupa nak bagitahu. Tadi kan muka seposen je kan kepenatan sebab general seating. Tahun ni dah VIP Spectacular!! So sangat super excited nak pergi sebab ada special seating untuk kami. Betul2 dekat dengan stage, belakang President team yg income mereka dalam RM100,000 ke atas. Ambil berkat.. =P

March - April 2012

Tak banyak berlaku dalam bulan March. Just kami mula serius buat Herbalife. April saya balik ke New Zealand untuk habiskan degree saya. Abang stay kat Malaysia. Banyak lah cerita sedih waktu ni. Tak mahu cerita sebab tahun baru ni nak happy-happy je.

May - June 2012

Bulan May ada Extravaganza kat Singapore. Waktu ni sangat-sangat nak join. Abang dah buat cerita sedih dah kena pergi event sorang-sorang. Tapi nak buat macam mana, NZ dan Singapore bukan nya dekat. Lagipun kena pergi kelas kan.. So dapat tengok je lah kat fb abang pergi sana dengan team kami.

*Disclaimer: Pendapatan tidak tipikal, berbeza mengikut individu.


Yang kelakar nya, team kami almost all adalah pasangan yang telah bertunang, kecuali dua orang. Sorang kawan se-KMB saya, Ash dan sorang lagi kawan sepermainan abang zaman kanak-kanak dulu, Kim. Balik je Extravaganza tu saya pun tanya lah Ash, macam mana Extravaganza. Jawapan yang saya dapat sangat memeranjatkan. Ash cakap, ili, saya rasa saya dah jumpa jodoh saya. Adoi!!!!! Ke situ pulak.. Siapa?..... jeng jeng jeng... Kim. hahahahaha.. Boleh pulak kan.. Sorang kawan saya, sorang kawan abang, tu je lah dua orang yang single dalam team kami. Tup2 bercinta pulak. Hai lah... Gambar kat atas tu yg dua-dua pakai baju oren. Waktu ni Kim tak hensem lagi pun Ash dah suka. huhu.. Waktu tu memang tak tahu macam mana nak respond. Kelakar kelakar. Alhamdulillah dorang berdua baru je melangsungkan perkahwinan mereka. Letak gambar sikit:

Semoga perkahwinan yg dibina diberkatiNya dan bahagia dunia akhirat.
Cube tengok bukti Herbalife boleh buat kita lagi hensem dan cantik. hehehe

July 2012

Ni saat yang paling bahagia. Siapa tahu kenapa?? Sebab abang datang NZ. Memang sangat gembira dapat berjumpa semula setelah tiga bulan terpisah. Rindu ok... Bila fikir-fikir balik, rasa bersyukur kami dah ketemu Herbalife waktu ni. Sebabnya waktu ni sangat-sangat banyak kena guna duit. Duit flight, duit penginapan, duit makan minum, duit hantar barang balik Malaysia, duit transport dan flight balik ke Malaysia. Ada lah dalam RM 12,000 kami spend. Takde pun pergi bercuti. Hidup kat New Zealand memang mahal melainkan kita dapat gaji sana. Sewa rumah je dah NZD275 per week. Seminggu tau. So dalam RM1100 seminggu. Sekali keluar makan dalam RM25. Flight ticket pun mahal. Memang alhamdulillah ada sumber pendapatan daripada Herbalife. Kalau tak, tak mampu kot...

August 2012

Puasa - Yeay! Balik Malaysia - Yeay! Raya - Yeay! =D Sempat berpuasa seminggu lebih kat NZ before balik Malaysia. Spend hari-hari terakhir Ramadhan dan Raya pertama kat Kuala Kangsar, rumah mak dan ayah abang. Then raya kedua ikut family saya beraya di Penang, belah keluarga ibu. I anak mami ok. Takde rupa kan? Waktu kat Penang siap berjalan-jalan lagi. Dah lama tak dapat kumpul semua adik-beradik. Maklum lah masing-masing dah besar dan selalu ada rancangan sendiri. 

Satu-satunya gambar yg cukup korem.
 Ibu ayah, abang, adik-beradik dan Mak Chom (kakak ibu)

Gambar candid yg cantik. Suke!
September 2012

September semua dah tahu kan kami buat apa? Kami pergi Hong Kong Disneyland dan Macau untuk Herbalife University. Dah cerita kan sebelum ni... Memang best dan sangat banyak belajar. Mainly belajar tentang attitude dan leadership. Nak berjaya dalam Herbalife kena teachable, nak belajar daripada orang lain. Kena buang ego jauh-jauh. People do what you do, not what you tell them to do. So kena walk the talk lah. Islam pun ajar macam tu kan... Kepimpinan melalui tauladan. 

*Disclaimer: Pendapatan tidak tipikal, berbeza mengikut individu.
VIP seating.. Dekat ok dgn stage. Depan kami dah meja President team. Terbakar je tengok Taiwan ramai President team GenH (bawah 30thn)
*Disclaimer: Pendapatan tidak tipikal, berbeza mengikut individu.
Bersama Kapt Saiful aka Pak Yang, President team tertinggi level di Malaysia.
*Disclaimer: Pendapatan tidak tipikal, berbeza mengikut individu.
At Venetian Hotel. Dalam bangunan ada bandar, siap langit tiruan lagi.
October - November 2012

Tak banyak yang berlaku dalam bulan October. Bulan November kami ke Bukit Gambang untuk Zero2Hero. Seronok berkumpul dengan team dan belajar bersama-sama.


Mak, ayah dan Maman (abg ngah abang)

Team uncle Roy dan Hariz

Team Nordin, Izzul dan Hariz.
Hari kedua kami di Bukit Gambang adalah anniversary perkahwinan kami yang ke-.... Siapa tahu dah berapa tahun kami kahwin? Cepat cepat cuba teka.....

Nak tahu ke? Kelakar bila ramai orang ingat kami baru kahwin setahun dua. It was our 6th year anniversary. Dah lama kan kami kahwin.. Kami kahwin waktu umur 21 tahun, waktu masih student. Selalunya kami keluar dating waktu anniversary, tapi tahun ni kami spend dgn team kami. Belajar belajar dan belajar lagi demi kebahagian masa depan kami dan insyaAllah akan datang anak cucu kami.=D

November memang sangat banyak events dalam family saya. Anniversary kami 18hb, birthday ibu 20hb, anniversary Herbalife kami 24hb, anniversary perkahwinan ibu ayah 28hb. Berturut-turut celebration. Alhamdulillah semuanya diraikan dengan penuh kesyukurann dan kasih sayang.

December 2012

Last but not least, December. Banyak yang berlaku bulan ni termasuk my graduation. Itu cerita panjang. Lain kali lah saya cerita insyaAllah. Sekarang nak share satu sahaja. Alhamdulillah loan kami lulus dengan menggunakan statement Herbalife. Di ambang tahun baru, kami dapat kereta baru. InsyaAllah akan menjadi penguat untuk berusaha lebih kuat. Kena bantu lagi ramai orang untuk mengubah hidup mereka dari segi kesihatan dan kewangan.

*Disclaimer: Pendapatan tidak tipikal, berbeza mengikut individu.
Our  beautiful ford fiesta
Ada cerita menarik disebalik pembelian kereta ni. Nanti-nanti lah saya cerita kan. =)

Macam-macam kan yang kami buat pada tahun lepas. Penuh dengan aktiviti. InsyaAllah tahun ini akan jadi lebih baik lagi. Moga Allah guide setiap keputusan dan tindakan kita. Tak sabar nak tunggu Spectacular tahun ni yg akan berlangsung di Bukit Jalil pada 25-27 January 2013. Kalau last year 6000 orang attend, this year 15 000 orang. Luar biasa. Kenapa best sangat Spectacular ni? Sebab Spectacular adalah event besar Herbalife yg pertama pada setiap tahun. Energy yang kita dapat daripada Spectacular akan diguna pakai untuk pembangunan diri dan team kita sepanjang tahun. Tak sabar nak tengok what is instore for us in 2013. Semoga semua impian menjadi kenyataan! Good nite!!

Thanks for reading,