Pages

Happy family

Happy family

Thursday, 27 June 2013

Puasa, Ramadhan, menjaga kesihatan dan Herbalife.

Assalamualaikum wbt. Have you had your shake today?

12 hari lagi kita akan didatangi oleh bulan yang mulia, yang sangat dinantikan oleh semua muslim iaitu bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan untuk kita meningkatkan amal ibadat kita, bulan dimana ganjaran pahala ibadat sunat seperti pahala ibadat wajib manakala ibadat wajib berkali-kali ganda pahalanya. Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk kita merasai kenikmatan beribadat di bulan Ramadhan tahun ini.

Saya nak ajak kita lihat kembali sirah Rasulullah saw. Perang-perang besar di dalam Islam, banyak berlaku dalam bulan Ramadhan. Contohnya perang Badar, persiapan untuk perang Khandak dan pembukaan Kota Mekah. Bayangkan kita berpuasa lepas tu kena pergi berperang, kena gali parit mengelilingi kota Madinah dalam panas terik atau berjalan kaki dari Madinah ke Mekah. Perjalanan dari Madinah ke Mekah kalau naik bas pun dah dalam 8 jam. Ini kan pula berjalan kaki. Pergh.. Memang mencabar. Rasa sangat kagum dengan kesungguhan dan tenaga umat Islam zaman Rasulullah saw.

Selain daripada faktor keimanan yang tinggi, pada pandangan saya, cara pemakanan yang diajarkan oleh Rasulullah saw memainkan peranan yang penting dalam kemantapan tenaga sahabat. Korang rasa macam tu jugak tak? Sebenarnya minggu lepas saya baru belajar tentang cara pemakanan Rasulullah saw. Tu yang excited nak share tu. Lagi-lagi lah nak masuk bulan Ramadhan ni. Saya share sedikit ye. Mana lah tahu ada yang dapat manfaat daripada sharing saya ni.
milkysmile
Rasulullah saw selalu berbuka dengan makan kurma dan susu. Kan? Bila kita tak makan lebih daripada 8 jam, contohnya waktu kita berpuasa dan juga waktu kita tidur malam, gula dalam darah kita turun hingga rendah daripada paras normal sebab tu kita rasa sangat lapar. Also, perut kita berada dalam keadaan yang berasid sebab tu mulut kita berbau dan kita boleh dapat gastric kalau selalu tak makan. Kurma dan susu adalah makanan yang sangat baik untuk dimakan sebab kurma adalah gula ringkas - fructose yang boleh serap terus oleh usus, dan kedua-dua makanan ni adalah makanan berakali. Bila asid jumpa alkali jadi neutral. Takde lah sakit perut lepas makan. Kalau asid jumpa asid, jadi sakit perut. Apa contoh makanan berasid? Antara makanan yang berasid adalah yang tinggi carbs (seperti nasi, roti, mee), tinggi lemak dan tinggi gula (seperti biskut, kek, kuih, air manis). Makanan berasid ni disukai oleh sel-sel tak baik dalam badan kita. Tu yang nanti akan membawa kepada macam2 penyakit seperti kanser.

So kesimpulannya apa? Kesimpulannya, kita sebaiknya makan makanan yang kurang lemak, gula dan carbohydrate untuk sarapan (sahur dalam bulan Ramadhan) dan berbuka puasa. Sebab tu lah saya dan suami pilih Herbalife sebagai makanan sahur dan berbuka kami. Jeng jeng jeng.. Hehe ada tak orang stress dengar statement ni? huhu

Kami suka berpuasa dengan Herbalife. Abang kata rasa berstamina sampai petang. Dalam pukul 3-4 petang baru perut nak berkeroncong. Kalau sahur makan nasi, tak sampai tengah hari dah berlagu2 dah perut. Pastu abang dah tak tidur siang lama-lama dah bila berpuasa, tidur qailulah je. Malam lepas terawikh siap boleh pergi main futsal lagi. Baru-baru ni customer kami yang dah berhenti makan Herbalife nak order semula Herbalife. Dia nak makan untuk bersahur dan berbuka nanti. Sebab tahun lepas dia puasa makan Herbalife dia rasa berstamina. Sekali dah berpuasa dengan Herbalife mesti nak lagi. Betul best........

Kenapa nak makan Herbalife bulan puasa ni:
  • Kekal berstamina
  • Nutrition lengkap untuk badan walaupun berpuasa
  • Lebih mudah turun berat badan dan shaping terbaik
  • Mudah disediakan. Cuma perlu produk, air dan shaker/blender. Tak perlu masak pagi2
So, apa tunggu lagi. Jom bersahur dan berbuka dengan Herbalife!!!!!!!
cop cop cop.... tak ajar lagi cane nak makan Herbalife waktu puasa kan? Ish ish ish nasib tak terlupa. Begini caranya:
Produk tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Cukup besar tak gambar? hehe.. Yang saya buat tahun lepas macam ni lah. Waktu sahur, selalunya saya bangun extra awal. Yelah nama pun Ramadhan kan.. Mestilah nak qiam sekali. So bangun je saya minum aloevera. Pastu tahajjud dulu baru minum teh. Pastu solat witir kalau belum witir lagi. Lepas witir baru saya buat shake. Cane saya buat shake untuk bersahur? Macam ni:

Blend 2 sudu formula 1 strawberry + 1 sudu formula 3 + 2 sudu rolled oats + 1 biji epal hijau saiz kecil + segenggam blueberry/strawberry/raspberry dalam 300ml air sejuk + 100ml susu soya tanpa gula +100ml jus tanpa gula dan ais. Terbaik!!! Macam2 tak khazanah dalam shake saya? Serious sangat best. Abang punya shake pulak selalunya shake chcolate blend dengan pisang dalam air sejuk dan ais. Saya je suka letak seribu satu benda dalam shake saya. Kalau nak buat shake kosong je pun xde masalah. Lagi cepat turun berat badan. Formula 3 pun tak wajib. Siapa ada boleh lah pakai. Yang penting air kosong kena minum ye. Saya minum selalunya 1L air kosong sebelum masuk waktu subuh. Abang selalu minum 2L. Lupa nak cakap, lepas shake kami makan kurma. Kadang2 blend sekali kurma dalam shake. No problem.

Berbuka pulak, saya makan kurma, then aloevera, then teamix. Lepas tu solat maghrib. Lepas maghrib baru saya shake. Shake saya buat kaw kaw sama jugak macam waktu sahur tu. Kalau saya lapar sangat, saya makan shake sebelum solat maghrib. Lepas isya/terawikh, baru makan makanan berat. Untuk yang dalam program turun berat badan, janganlah makan banyak2 carbs pulak. Lebihkan sayuran, buah2an dan lauk. Kurangkan nasi. Sekali sekala kalau orang jamu makan, saya akan berbuka dengan kurma dan aloevera. Then makan makanan biasa. Lepas terawikh, saya minum teh dan shake. Takde masalah makan shake sebelum tidur. Air kosong jangan lupa ye. Seperti biasa, setiap 25kg berat badan kena minum 1L air kosong. Nak lagi cepat turun berat badan, minum lagi banyak. As simple as that.

Ok lah. Panjang bebenor pulak entry kali ni. Sampai hypo separuh jalan menulis, kena berhenti makan. Betul...ini bukan gurauan ini betul2.. 
milkysmile
Saya harap lepas ni ramai lagi orang yang akan bersahur dan berbuka dengan Herbalife. Saya sangat2 recommend.
Sehingga berjumpa lagi... wslm wbt
milkysmile