Pages

Happy family

Happy family

Wednesday, 1 January 2014

My First Pregnancy ~ First Trimester ~

Assalamualaikum dan Happy New Year.

Alhamdulillah sedar tak sedar kita dah melangkah masuk ke tahun 2014. Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dan dapat mensyukuri nikmat hidup yang Allah berikan kepada kita. I've been wanting to post about my pregnancy for the whole December but somehow memang sesangat takde mood nak menulis. Tak tahu lah kenapa. But today, dengan matahari pagi yg indah di luar tingkat, angin sepoi2 bahasa dan shake strawberry sejuk yg dikisar bersama ais dan susu strawberry HL, membuatkan diri ini berasa seperti berada di tepi pantai yang indah. eceehhh.. tak boleh blah.. tu yg tetiba ada mood nak menulis ni.

Saya rasa ramai lagi blogger di luar sana akan mengadap laptop masing2 untuk update azam tahun baru dan sebagainya. Saya pun ada hati nak bercakap tentang resolusi 2014. Tapi kalau semua orang cakap pasal benda yang sama mcm tak best lah skit kan.. So alang-alang mood tengah berbunga2 ni, saya nak cakap pasal si comel saya yang kuat menendang dalam perut ni. Ok dak? :)

Bagi yang dah baca entry sebelum ni, which is My First Pregnancy ~ Introduction ~ , you would know that I found out about my pregnancy on my 28th birthday, 14 Ogos 2013, iaitu dalam seminggu raya Aidilfitri. Kan saya gain weight kan waktu tengah trying to conceive tu.. So waktu saudara mara datang rumah untuk raya, ramai lah yang mengomen saya dah gain weight. Bila orang komen dah berisi je, saya jawab "orang pregnant lah".. So instead of nak mengusik/mengejek, bertukarlah menjadi "congrats!!! alhamdulillah... patutlah nampak berisi..." hehehe.. bijak tak? kui kui kui... Kiranya sebulan raya tu seronok lah with all the warm wishes from family and close friends. Dapat makan lebih skit.. Waktu ni masih mood celebrating lagi..

Selit gambar raya sikit ~ My family

Masuk 6 weeks of pregnancy, dah mula stress cari doctor and hospital. I am a little bit obsessive bile tengah decide on something. Kadang-kadang fikir satu benda sampai tak tidur malam. I would go over it again and again sampai betul2 puas hati. Dari sebelum kahwin lagi memang dah decide nak pegi hospital swasta bila pregnant dan bersalin. Cumanya tak tahu nak ke mana. So for a couple of weeks memang dok buat internet research and bertanya kepada kawan2 tentang who is the best OnG doctor. Saya mencari doktor pakar perempuan dan yang banyak pengalaman dengan diabetic mothers.

Sebabnya, being a pregnant diabetic is not an easy task. Ramai type 1 diabetic yang describe being pregnant as a fulltime job. Sangat banyak monitoring and effort yang kene buat untuk kekal sihat. Diabetic pregnancy adalah high risk pregnancy, bukan normal pregnancy. Sebab banyak risiko kepada baby dan juga mommy. Orang selalu cakap pasal baby besar je. Sedangkan banyak lagi risiko seperti high risk mommy dapat darah tinggi semasa pregnant, baby dapat sakit jantung, baby tak sempurna kejadian dan banyak lagi termasuk risiko gugur. So lagi banyak buat research pasal diabetic and pregnancy lagi cuak dibuatnya. So sangatlah obsessive dalam membuat keputusan doktor mana yang akan menjadi pakar sakit puan saya.


Alhamdulillah dalam banyak2 doctor, terpanggil untuk check out Dr M. So pergilah ke klinik dia untuk buat appointment. Kakak receptionist kata kat sini sebulan baru boleh dapat appointment. Tapi bila dia dapat tahu ada diabetes, terus dia bagi appointment minggu yang sama. First appointment kena tunggu dalam 3-4 jam rasanya baru dapat jumpa doctor. Saya dah biasa dah sebab selalu kene gi hospital jumpa doktor pakar diabetik/ endocrinologist. Tapi cik abang tak biasa menunggu. Memang kelakar lah tengok dia resah dan gelisah tunggu lama2. First time jumpa doctor rasa sejuk je hati. Doctor sangat lemah lembut, banyak sharing dan bagi nasihat, amalkan ayat-ayat quran.. Very islamic lah dalam kata lain nya. So hati sudah terpaut... Tapi bila dapat bil, rasa macam mampu ke nak bayar ni. High risk pregnancy jumpa doctor every 2 weeks in the first trimester.. Sekali jumpa RM300-RM400. So cakap kat abang "takpelah bang, kita cari doctor lain je lah". Pastu abang cakap "Kenapa pulak? Suka kan doctor ni... Pasal duit tak yah risau, abang boleh usahakan. Yang penting awak dan baby kita selamat" waaaaaa nak nangis je waktu tu.. Happy sangat.. Terharu sangat... Waktu ni terasa macam I'm the luckiest woman on earth. T_T

But truly people were not exaggerating when they said diabetic pregnancy is a full time job. Seriously banyak kali kene gi jumpa doctor - pakar sakit puan 2 minggu sekali, pakar endocrine sebulan sekali, pastu ada kena check mata lagi, blood test lagi.. Memang berjam-jam spend kat hospital dan klinik. Check blood sugar, sebelum pregnant 4-5 kali sehari, waktu pregnant 8-10 kali sehari. Setiap kali jumpa doktor endocrine kene bebel pasal jaga makan, use less insulin, cut down your carbs etc. Memang sakit otak. Ongkos nya jugak memang terbaik. Test strip je untuk cek gula hari2 tu dah beratus. 50 test strips bertahan 5-6 hari, RM85 paling murah. Tak paham betul nape kat Malaysia mahal benar test strips ni. So sebulan RM400-500 untuk tu aje. Kat sini nak selit sikit. Siapa yang sihat tu, yang normal pregnancy tu, please please please jaga pemakanan anda. Janganlah makan melampau sangat sampai dapat gestational diabetes. Susah tau tak hidup ada kecing manis ni. Sila lah mensyukuri nikmat kesihatan yg Allah dah beri tu. Sekian.

Macam saya cakap tadi, saya kena jaga pemakanan sepanjang pregnant. Dr M kata "if you want a healthy pregnancy, you need to eat rationally. You cannot eat emotionally like other pregnant women". Ingat senang ke???? Dah lah hormonal kan waktu2 pregnant ni.. Emotion macam roller coaster. Air mata laju je nak keluar waktu first trimester tu. Sensitive tak hengat punya.. Pastu kena makan rationally?? Argh.....

So saya yang baik ni, kerana sayangkan anak, makanlah rationally. Pagi makan milk shake seperti biasa dan breakfast roti/bihun goreng/nasi lemak. Bergantung apa yang ayah dan ibu makan pagi. Sebelum pregnant sangat jarang makan nasi lemak sebab memang tak suka pun makan nasi lemak. Tapi waktu pregnant ni rasa nasi lemak sedap pulak. hehe.. Tengah hari dan malam most of the time makan sandwich - wholemeal bread, salad, timun, tomato dan telur/cheese. In between meal makan buah, sayur atau oats. First trimester memang jaga pemakanan terbaik lah.. Alhamdulillah Allah bantu. Saya takde mengidam-mengidam. Takde morning sickness. Setakat rasa loya sikit tu ada lah. Tapi takde muntah. Cuma hidung super sensitive. Tak tahan bau lauk pauk. So kalau makan lauk pun mainly makan sayur2, telur dan sometimes ikan. Yang lain tak lalu.

Makan supplement tak? Makan... Makan calcium (+vitamin D), Omega 3, folic acid dan Iron supplement. Folic acid sangat penting ye untuk sistem saraf baby. Kalau kurang folic acid, nanti baby boleh lahir dengan sistem saraf yang tak tertutup, dalam kata lain nya otak terbuka. Mostly baby tak survive. So semestinya saya makan folic acid yang doctor bagi, 5mg sehari. Yang penting, keselamatan dan kesihatan baby. Anugerah Allah ni, kena jaga betul-betul.

Kena inject insulin gak ke? Kena.... Type 1 diabetes ni tak boleh baik, setakat ni tak pernah lagi ada orang sembuh type 1 diabetes. Kalau tak inject insulin boleh mati. Baby tak apa2 insyaAllah. Baby dalam rahim, injection kat lapisan lemak kat perut. Jauh daripada baby. Kalau tak inject insulin lagi bahaya untuk baby.

Alhamdulillah, besides rigorous blood sugar monitoring and penjagaan pemakanan yang terbaik, my first trimester went smoothly. By the end of first trimester, HBA1c (purata gula dalam darah dalam 3 bulan) was 6.1 which is excellent!!!!!!!  Doktor pun sangat happy. So check up dikurangkan kepada setiap 3 minggu. Baby pun sihat, sama macam normal pregnany. Total berat naik: 0.7kg. Yeay!! Alhamdulillah.. Masuk minggu ke 13 iaitu second trimester dengan sangat happy dan hopeful. Second trimester macam-macam lagi cerita menarik. Ceh poyo je. InsyaAllah akan disambung di lain masa.

Sampai kita berjumpa lagi. Saya berharap setiap daripada kita ada keazaman untuk mengubah cara pemakanan, cara hidup dan kesihatan kita ke arah yang lebih baik tahun ini. Be a better person, be a better muslim. Take care and wslm.



No comments:

Post a Comment